Pages

klik klik klik

Wednesday, February 26, 2014

He makes my day

Dear sayangss,

شكرا
Xièxiè
salamat
merci
gracias
danke
Naṉṟi
Arigatō
gamsahabnida
K̄hx k̄hxbkhuṇ khuṇ
Thank you 
Terima kasih 

You makes my day :)

xoxo,
samofa

Monday, February 24, 2014

Mengira hari yang dah boleh pakai jari

Mood dah stabil.

Rasanya.

Bolehlah untuk hari ni.

Tapi hati masih lagi berat.

Nak balik ke tempat menambah ilmu.

Menambah stress.

Menambah tekanan darah.

Harap tak menambah berat badan.


Hanya tinggal beberapa hari.

Sungguh.

Tak tipu.

Tak pernah berat hati macam ni sekali.

Macam kena balik penjara.


Harap semuanya baik baik sahaja.


xoxo,
samofa

Tuesday, February 11, 2014

Kebetulan yang menakjubkan

Salam u'olls

Pernah tak korang rasa satu kebetulan yang menakjubkan. Eh faham tak ayat aku ni. Lama dah tak belajar bahasa melayu ni.

Contoh kebetulan

"Aku tak pernah nampak dia pakai baju kemeja depan-depan. Mesti hensem kan. Teringin nak tengok."

Dan hari tu jugak kau nampak dia pakai baju kemeja siap jalan berselisih lagi dengan kau. 

Eh betul ke tak aku punya contoh ni ek. Kira betul jela ye.

Perasaan kebetulan ni amazing kan. Kadang-kadang macam susah nak percaya ianya adalah kebetulan semata. Rasa macam tipu je. Aku pernah alami kebetulan yang sangat-sangat menakjubkan.

Ceritanya begini. Aku kat kampung. Tak ingat lah sebab apa. Lepastu aku, adik beradik aku, mak aku, nenek aku dan pakcik kat dapur. Melantak lah apa lagi. Tengah sibuk-sibuk makan tu tiba-tiba je lampu dapur macam tak berapa nak terang. Kadang-kadang kelip-kelip. Nenek aku macam dah risau-risau lah. Tak bayar elektrik ke. Haha.

Lepastu dengar bunyi siren kuat semacam lah. Nenek aku cuak sikit lah.

"Bunyi apa tuh?"

Lepastu pakcik aku selamba je jawab "Bunyi bomba"

"Apesal?" nenek aku bertambah cuak.

"Rumah depan terbakar" dengan muka selamba lagi.

"Habistu?" bertubi nenek aku tanya.

Kitorang semua gelak sakan lah lepastu kan sebab nenek aku boleh percaya dengan pakcik aku yang nak main-main je keje nye.

Lepastu pakcik aku blah dari dapur, aku pulak dah habis makan. Bila aku nak menyentuh desert je, pakcik aku tiba-tiba muncul balik dengan tergesa-gesa sambil berkata

"rumah depan terbakar"

Kitorang memang tak percaya lah. Lepastu dia suruh pergi luar tengok sendiri. Aku berbelah bagi lah kan. Tapi pergi jugak since pakcik aku pun keluar rumah balik. Lepastu aku tengok ramai orang dari arah rumah belakang-belakang pergi ke arah depan. Then, aku nampak lah rumah terbakar tuh. Dasyat. Jiran-jiran jauh belakang-belakang tu pun dah tau, yang kiorang selang beberapa rumah lambat tau. Sadis!

Rupa-rupanya lampu kelip-kelip tu sebab tiang wire TNB tu terbakar sekali. Bunyi siren tu memang bunyi bomba. Dan tak sangka usikan pakcik aku tu actually the real thing.

Terkejut sangat.

Dalah tak pernah nampak rumah terbakar depan mata.

Nasib baik tak ada yang cedera sebab orangnya kat bandar.



Itu cerita aku :)

Kbye!

xoxo,
samofa


Tuesday, February 4, 2014

Cemburu

Orang selalu cakap
Perempuan kuat cemburu
Tapi
Kenapa aku rasa aku tak
Aku bukan perempuan ke? (lol)

Yelah
Ada jugak cemburu
Tapi 
Sikit je
Sangat-sangat sikit
Terpaling sikit
Teramat jauh nak kemuncak cemburu buta

Mungkin sebab tu
Aku dikelilingi orang-orang yang cemburu
Dah biasa

Tapi 
Tiba-tiba
Dengan tak semena-mena
Sekarang ni
Aku rasa cemburu
Kau buat aku cemburu
Kau
Aku benci kau

Tapi (again)
I bet 
Malam nanti
Aku dah lupa cemburu ni

Sekejapnye

Hmm

notakaki : cemburu. cemburu. cemburu. Sebut banyak kali macam pelik pulak bunyinyee -____- 

xoxo,
samofa

Saturday, January 25, 2014

Happy Birthday Ti

Ehem..disebabkan aku tak sibuk, maka terpaksalah aku bikin entri khas buat kawan aku seorang ni.


Dia adalah antara orang-orang yang terawal yang aku cam since aku masuk uitm jb. Tu pun sebab dia punya katil masa tu bawah katil aku. That why la kan. First impression aku time tu, aku ingatkan dia senior. Dengan muka kerek dia yang konon-konon sibuk lipat kain baju, seriusly tak nampak macam budak baru. Benda kedua yang aku ingat pasal dia ni adalah hanger dia yang ada tulis "jat". Terus aku agak budak ni mesti pernah duduk hostel.


Kitorang tak berkawan sangat time tu. Satu kelas pun tapi biasa-biasa je. Tapi lama-lama bila satu dorm bersatu, barulah rapat gitu. Then tergeng lah pulak dengan dia dan lagi 3 ekor.

Hmm apa ek nak cerita pasal dia ni. Dia ni tak berapa tinggi (always kene bahan dengan aku) dan dia suka perasan. Bila ada yang sebut perkataan "comelnyee" or "canteknyee", pasti dia laju-laju akan jawab "terima kasih". Pastu terjadilah aksi mual-mual ibu mengandung.



Pasal makan pulak, dia paling tak suka carrot. Carrot sebatang pun berkire. Dia suka strawberi, cheese, mayonese dan wing.

Bila belajar pulak, dia agak pandai jugaklah. Dia jenis non-stop study. Bukan maksudnya dia asyik study je, tapi kalau dah study dia boleh straight je study. Hebat doh! Kalau aku, otak aku dah jammed. Tak boleh study lama-lama.



Tapi dia bukan kaki study, macam aku jugaklah. Hehe. Dia selalu layan korea, main game kadang-kadang, layan komik (siap sampul tu), kaki karok dan kaki shopping. Pehh, kalau tak dibebel kat telinge dia tu, mahu semua benda dia nak beli.



Tabiat pelik dia. Bila baca magazine, dia cakap "canteknye!!". Mostly ditujukan kepada tulisan-tulisan atau warna-warna huruf dalam magazine tu instead of baju or kasut.



Dia sayang barang lebih dari dia sayang orang. Hampeh kan. Dia single tapi crush bersepah. Ramai je nak dia tapi jual mahal. Puii. Tapi thanks to her sebab selalu menjoin aku mengintip crush. Haha




Pasal birthday yang tak bestnya tak pernah dapat "kenakan" dia. Masa part 2 kasi kek. Masa part 4 pun kasi kek. Masa part 6 pulak sibuk. Nak kenakan tapi tangguh tangguh tangguh, last  last ke lauuutt.



Tahun ni punya birthday pun camni jelah. Nak message takde kredit pulak. So my wish...


Happy Birthday Siti Nurizzati Mustafa / ijat/ siti/ sitod/ sitikus dll. 
Umur dah 22 weyh, jangan asyik nak bergaduh je.
Semoga makin tinggi, beat me if you can. Haha *evil laugh*
Semoga dapat tamil pujaan hati kau tu.
May All your wishes comes true. 
Oh ye, semoga panjang umur dan dimurahkan rezeki.
Aku halalkan hutang cubitan semua tu. (baiknye akuuu)



notakaki : tiba-tiba teringat masa part 4, perang-perang selipar. Last-last aku buang selipar kau atas bumbung. Nasib baik ada acap tolong amekkan.


xoxo,
samofa

Thursday, January 23, 2014

'Memilih' kawan

Salam..

Tiba-tiba dapat idea nak dikongsi.
Pasal 'memilih' kawan.
Yup. Tak salah nak memilih kawan.
Alah, macam yang selalu ditulis dalam karangan spm tuh.
Punca masalah remaja adalah kerana pengaruh rakan sebaya.
So kene berhati-hati dan memilih kawan.

Tapi bukan memilih yang tu yang aku nak cerita.
Ni pasal 'MEMILIH'.
Nampak kan ada '..' tu.

Ramai jugaklah yang aku dok perati agak selektif dalam berkawan.
Nak yang macam cantik macam comel je.
Nak yang kepuk-kepuk wang tunai di saku.
Nak yang letop-letop glamer gitu.

Kenapa nak kena gitu ek?

Simple.
Biasalah nak tumpang sekaki. Menaikkan rating dan saham.
Tak mainlah dengan orang yang low profile ni. Tak standard. Katanya lah kot.

Ada pulak tu kawan aku yang bertanduk kecil bermulut puaka sejenak

"Kau perasan tak. Si Minah tu (bukan nama sebenar) nak kawan dengan orang yang cantik-cantik je. Semua kawan-kawan dia cantik. Tapi dia sorang je tak cantik."

Boooommm!!!

Mohonlah jangan terperasan diri tu Si Minah ok.

Sebenarnya tak perlu kot nak memilih dalam berkawan ni. Kawan jelah dengan semua orang. Apa salahnya. Macam aku. (eceeehh). Aku ok je kawan dengan sesiapa pun. Orang lain je yang tak nak kawan dengan aku. Sebab kononnya aku sombong. (sedih) Haish. Ada bezalah sombong dengan pemalu. Kihkih



Memang aku setuju tapi yang ni pun aku setuju jugak....

"alah..kalau dia betul betul wangi, takkan dia risau dgn bau tengik hang"


boleh tengok video di atas

Ayat mat luthfi tu serius sentap.
Tapi ada betulnya lah.
Kalau kita dah betul-betul bagus kenapa kita nak takut nak berkawan dengan orang jahat.
Kan ke lebih bagus dapat ajak ke arah kebaikan.
Precaution maybe.
Semacam makruh lah.
Tak salah tapi tak digalakkan sangat sebab mendorong ke arah tak baik.
Macam pesan Imam Al-Ghazali tentang kawan.

Tapi
Kalau si baik tak nak kawan si jahat
Siapa nak kawan dengan si jahat kalau bukan si jahat yang lain
Lalu si jahat akan bertambah jahat
Melainkan mendapat hidayah (mungkin tersedar atau ada si baik yang memimpin si jahat)

Hmm

Entahlah

Tak tahu

Nak buat perenggan penutup macam mana.

Tolak markah dah ni.

Kbye.

xoxo,
samofa

Wednesday, January 1, 2014

Hola 2014

Salam..

Again. Walaupun dah 23 hari tapi suka hati aku lah kan. Dah aku sibuk time new year.

2014
Simple. Bila cerita tahun baru mesti orang sibuk-sibuk pasal azam.
Azam aku. Hmm toksahlah cerita sebab dah tak tercapai. Haha. (ketawa dalam duka)


Just boleh berharap 2014 ni tak begitu teruk lah.
Tu je.
Kbye.

xoxo,
samofa