Pages

klik klik klik

Saturday, June 29, 2013

Final Piala FA..JDT VS TRW..Siapa bakal menang??

Salam..

Sekejap lagi ada game penting..excited pulak nak tengok..ada yang dah standby kat stadium bukit jalil tu..bola-bola juga, jangan lupa solat pula ya..and ada jugak yang lepak kat mamak tengok dengan member..feel jugak macam tu..aku?aku tengok kat rumah saja bersama keluarga tercinta..chewaah!!haha..

Kat mana-mana pun kita berada itu tak penting..yang penting hati kita..semangat kita..aku dah semestinyalah penyokong JOHOR DARUL TAKZIM..negeri tumpahnya darahku..haha..LUASKAN KUASAMU JOHOR!!huhu..

Siapa menang siapa kalah nanti tu adat bertanding..tak dinafikan dua-dua pun hebat..walaupun ramai jugak lah yang tak berapa nak puas hati dengan jdt ni..tak pe..kutukan itulah yang membawa kita ke final..yeahhh!!

Oleh sebab aku bukan penyokong kelantan, so aku tak nak ulas pape lah..sorry, ni just pandangan aku..aku memang tak berapa suka sangat dengan kelantan..bukan sebab bola ok..makanan sana manis-manis sangatlah..haha..masuk bab makan pulak..dah tersasar ni..pape pun..maapkan aku abe fizo omar..malam ni kita tak kawan..haha..

Ok thats all setakat ni..GOODLUCK JDT!!

xoxo,
samofa


Wednesday, June 26, 2013

Bestfriend vs Boyfriend

Assalamualaikum..

Bestfriend vs Boyfriend??
Kali ni nak story mory pasal bestfriend vs boyfriend..kalau korang la kan, mane satu yang korang utama kan?bff or bf? family?bagus..tapi!..tu tak masuk list lah..


Pendapat aku?
Alah..simple sangat la..mestilah aku pilih bestfriend a.k.a sahabat, bff, besties..kenapa ye?
Aku sendiri pernah mengalami situasi extravaganza macam ni..jangan ingat aku hanya omong-omong kosong ya..aku penulis yang berilmu..share from what i seen, feel and taste!

Kejadian ini berlaku ketika zaman persekolahan..zaman yang mengajar erti semangat setiakawan, kebebasan, percintaan monyet, keriangan and so on..too many..aku memang ada ramai kawan at that time..member-member hostel..geng sekelas..and also i have my bestfriend forever..kitorang selalu together-gether..sentiasa bersama dalam suka dan duka..itulah indahnya sahabat sejati kan..

zaman sekolah..we all used to be together ^^

Boyfriend pulak?hmm..sapelah nak kat aku kan..tak cantik mana pun..sebelah mata pun orang tak nak pandang..tapi ada lah jugak budak-budak ni yang nak usha-usha..tak cantik tapi comel kot aku..hehe..prasan!

gambar pakcik google


At last aku sangkut la kat sorang mamat ni..aku tak tahu lah part mana yang mamat ni yang boleh buat aku sangkut..maybe aku frust at that time and nak lupakan first love aku kot..

Nak dipendekkan cerita lah kan..bff aku ni memang tak berapa suka aku couple dengan mamat tu..mungkin dia takut kehilangan aku kot..haha..prasan lagi!tapi sudah tentunya aku mementingkan bff aku..lagipun masa remaja aku memang banyak dihabiskan dengan bff aku..dia je yang memahami aku..masa aku dengan boipren aku plak memang sikit sangatlah..


 all the time spend with my bff


Ada satu hari ni..aku ngan mamat tu plan nak dating..aku ok jelah..pastu bff aku lak ajak hangout..wah..mestilah aku nak hangout ngan bff aku..lagi best kot..haha..evil giler aku..aku bagitahu lah kat mamat tu yang bff aku ajak keluar..pastu mamat tu nak tacink pulak..ah sudah..tiba-tiba aku rasa aku macam jantan yang nak lepak dengan membe pastu awex dia merajuk..

Pastu aku cerita lah kat bff aku..aku kan suka bercerita ni..bff aku tu pulak memang pantang jantan merajuk-merajuk ni..lagi-lagi orang yang dia tak suka..dia pun cancel la plan hangout tu..nak kasi aku dating ngan mamat tu..tengok, betapa baiknya bff aku ni..

Tapi aku agak hampa lah sebab tak dapat nak hangout ngan bff..so, memang tak lah aku nak keluar dengan mamat tu..aku pun bagitahu lah mamat tu yang aku dengan bff tak jadi keluar..baru puas hati kau kan..pastu dia berpura-pura jadi baik..lebih kurang macam ni lah ayat dia "laa..kenapa tak jadi?pergi jela..sy betul-betul tak kisah"..tak kisah konon..yang kau bajet nak merajuk bagai tu hape..hebat lakonannya..hebat hebat !!

hebat lakonannya!!

Itulah kisahnya..hee..aku yang memilih sahabat daripada kekasih..buktinya..sekarang ni aku masih lagi ada bff aku dan aku sudah lama putus dengan mamat tersebut..


best friend forever

Moral of the story..agak malang lah siapa yang couple dengan aku..sebab aku tetap akan terus mementingkan sahabat aku..tak tahulah kalau sebab aku memang tak suka sangat pun kat mamat tu..so, tak payah couple2..jom kahwin terus..haha..

friends always be my side..we are happy to be single..yeah!!kecuali dua orang yang duduk di hujung sekali


Apa kata korang pulak? Share lah sikit..

xoxo,
samofa





Tuesday, June 25, 2013

Hadiah untuk perempuan

Hye there!!
Kadang-kadang pening pikir nak belikan apa untuk si dia sempena birthday ke anniversary ke nak usha ke nak pujuk ke..Ok stop..Here, aku listkan benda-benda yang perempuan suka (sebab aku perempuan, aku tau la)..

Actually, perempuan ni (yang bukan materialistik) suka je dapat hadiah apa-apa pun..tak kisahla murah ke mahal, branded ke cikai..yang penting ikhlas and ada maknanya tersendiri..fewwit..


1) Teddy bear








terang-terang kat bear tu tulis "be mine"..
memang kelembapan terserlah la if ada yang tak paham tu..









Perempuan ni jiwanya sangat lembut..seperti kanak-kanak..so,dengan kasi teddy bear ni, girl akan rasa dimanjakan..ololo..(tapi jangan kasi aku sebab aku dah ade banyak teddy ni..kerek giler)
Lagi besar saiznya lebih bagus ye kawan-kawan..haha


2)Coklat














Waaa..(terliur jap)..girl memang gila coklat..so kalau merajuk tu hang kasi je coklat..kompem cair..haha..lagi banyak lagi bagus..tapi coklat ni jangan main hentam keromo je beli..take note ye..yang sedap saje..lagi banyak lagi bagus..(tamak-tamak)


3)Bunga






take note : warna bunga ada makna tersendiri..









Romantik gitu kalau kasi bunga..i like!tak payah nak sejambak sangat, sekuntum pun da cukup terharu..


4)Cincin
















Kecik je kan..tapi mahal wo..ni untuk propose ok la..tapi ada potensi untuk dipulangkan balik sebab makna cincin ni sangat besar ye kawan-kawan..(kalau dipulang balik tuh, kasi kucing pakai jela)



5) will be added later..any idea?

Monday, June 24, 2013

SEGMEN TOPUP 48 JAM BY DEDEQ [PART 2]

klik banner untuk join


HADIAH :

Topup RM5 X 6 topup 
Dress peplum X 1 orang peserta bertuah

tarikh TUTUP 25.6.2013

Simple But Awesome Giveaway! By NabilaMedan



Giveaway Terbaru Daripada NabilaMedan!!
Tamat Pada 1 Julai 2013
(Tekan Banner Untuk Sertai!)


Erti sempurna

Salam..

Maaf tiada mukadimah..
Aku tertanya..
Salah ke kalau kita sukakan someone?
Walau someone tu tak setaraf dengan kita, tak setanding, tak sesuai, tak tak dan tak..

Kata orang cinta tak kenal rupa..cinta itu buta..
Perasaan suka dan sedare mare dengannya bukan kita yang minta..
Siapa kau untuk menentukan masa depan aku?
Siapa kau yang menyatakan aku suka pada orang yang salah??

Cukup sempurna sehingga tiada cacat cela kah kau?
Adakah kau fikir hanya kau yang selayaknya untuk aku suka..

Tidakkah kau terfikir aku juga insan biasa..
Tak terlepas dari dosa..

Aku tak perlukan seseorang yang sempurna..
Cukup sekadar seseorang yang sempurna di mata aku..
Walau dimata orang lain tidak begitu..



xoxo,
samofa


Sunday, June 23, 2013

Lelaki itu


Lelaki itu
Muncul di kala hati sepi
Menggetarkan jiwa yang lama terhenti
Membuaikan rasa saat di sisi
Tertanya aku cintakah ini

Lelaki itu
Hanya setia pada yang satu
Walau yang satu itu sudah lama menyatu
Satukan cinta bukan denganmu
Mengajarkan aku kejujuran palsu

Lelaki itu
Meratap kenangan yang hilangnya kian
Tertutup pandanga buat yang lain
Juga buatku yang tiada kesempatan
Mengenalkan aku tentang kekecewaan

Lelaki itu
Dihempap penyesalan tiada penghujungnya
Menyalahkan diri punca keadaan
Aku terpendam akan perasaan
Aku tahu itu kebodohan

Lelaki itu
Bimbinglah hati cari pengganti
Meski bukanku yang bakal mengisi
Layakku hanya setia memerhati
Pengorbanan untukmu itu yang pasti

Ikhlas dari ku yang jauh,
Perempuan ini