Salam..hari ni terasa tertarik-tarik untuk join GA contest ni sebab cam ohsem giler..haha..
klik banner ni untuk men"skodeng"
Ada 3 soalan untuk dijawab and ada hadiah menarik menanti (mintak2 dapat 1)
SOALAN OHSEM YANG PERTAMA
Pada usia berapakah yang anda paling suka sepanjang kehidupan anda?
Umur 17 tahun (form 5) aku rasa paling ohsem skali..aku ni walaupun pernah dapat anugerah pelajar paling pemalu dalam kelas masa form 2 tapi aku punya nakal tu still menyetan di jiwa..amek kaw! membuta dalam kelas (sampai dapat title ratu tido a.k.a sleeping beauty), fly dari hostel, panjat pagar hostel, panjat pagar sekolah macam budak jantan..i like this age!!
SOALAN OHSEM YANG KEDUA
Apakah kenangan zaman silam (manis atau pahit) yang anda paling ingat sampai sekarang?
Semua kenangan pahit manis yang tercipta bersama-sama dengan makhluk ini aku akan ingat sampai bila-bila..aku mula fobia dengan makhluk ni bila dia tergelincir dari siling dan menyelinap masuk ke dalam jubah yang sedang aku pakai..oleh sebab jubahku bercekak, dia pun tidak dapat melepaskan diri dan merayau-rayau di lenganku..bila aku bukak je cekak, dia terus melompat keriangan dengan muka tak bersalah..
lebih kurang camni la cekak jubah tu..
selepas peristiwa bersejarah tu, dia selalu mengganggu hidup aku..
- dia mencium kuku kakiku masa aku sedang buat lukisan kemahiran hidup..
- dia membuat aksi bunuh diri terjun dari siling dan mendarat di atas kepala aku..
- dia mengintai aku masa aku nga mandi
- dia kejar aku di dapur..
- dia melompat ke atas bahu aku masa aku dalam bilik air..
- dia dengan selambe dok membuat aksi 18sx depan aku..
sebenci-benci aku pun aku tak pernah ada niat nak bunuh dia ( bangkai dia pun aku tak sanggup tengok)..tapi nak buat macam mana bila ditakdirkan aku minum air milo yang berisikan cicak..geli la siak bila ingat balik..ni semua salah makcik dewan makan..dia terlepas pandang bila makhluk ni buat aksi terjun ke dalam jug milo..dia ingat tu swimming pool agaknya..
tengok betul-betul before minum tu..kot-kot ada yang tersembunyi..
*ada yang tersembunyi memberikan senyuman dan ada yang tidak!!
Makhluk yang dimaksudkan adalah cicak ( nak tulis pun aku geli)
*no picture available untuk makhluk ni
SOALAN OHSEM YANG KETIGA
Kalau anda diberi pilihan untuk kembali ke zaman silam, ke zaman manakah yang anda mahu pergi dan apakah yang anda ingin perbetulkan atau ubah sekiranya ada?
Sepanjang hidup aku sangat ohsem..tak perlu nak ubah apa-apa..aku cuma nak balik ke bulan lepas..aku nak main dengan kucing kesayanganku yang bernama "cat" puas-puas..cat sangat ohsem..femely aku bela dia sebab dia pandai kencing berak kat jamban..ohsem kan..dia pun selalu sambut kepulangan my dad dari keje..dia tunggu kat gate..bila my dad masuk rumah, dia akan berlari pecut iringi my dad ke dapur..sangat ohsem..dia selalu kejutkan aku dari tidur dengan pijak perut aku..dia jarang mengeow..aku selalu buli dia supaya dia mengeow..
tapi...
sekarang cat dah takde..masa tengah nazak, dia mengeow tak berhenti..sedih gila aku dengar sampai menitis air mata..tak sanggup aku nak mendengar dan meratap..aku tahu dia sakit..dia termakan racun..mulut dia biru dan berbuih-buih..keadaan yang sangat menyedihkan..
i miss you cat..
p/s : bercampuk aduk pulak feeling dalam entry kali ni..