Pages

klik klik klik

Showing posts with label uitmsa. Show all posts
Showing posts with label uitmsa. Show all posts

Tuesday, December 31, 2013

Selamat berlalu 2013

Salam..
Aku tulis entri ni actually dah 2014 tapi saje konon publish 31 Disember 2013. Saje gedik-gedik. Haha.

2013
Hm its start dengan aktiviti sibuk sem 6 diploma aku dan menjadi tahun penamat diploma. Weee!!
Tentu sekali menjadi tahun yang betul-betul menghargai saat-saat akhir diploma.
Continued dengan aktiviti bermalasan dan menjalankan proses menyahlupuskan segala isi-isi otak yang sarat dengan ilmu diploma.
Yups aku tak kerja pun.
Before habis belajar tu adalah jugak plan nak kerja siap pergi interview bagai.
Tapi setelah beberapa minggu, rasa fun pulak. Haha
Terus lupakan segala benda yang memenatkan.
Lama jugak henjoy menjoy di rumah. Kihkih

Then masuk pulak alam degree.
Satu tahap yang memenatkan. Seriusly!

Betullah apa yang aku cakap.
Tahun 2013 adalah tahun menghargai saat-saat diploma.

Buat apa-apa mesti compare dengan masa diploma.
Lebih-lebih lagi duduk shah alam.
Dicomparenye saban hari dengan larkin.


Tapi itulah 2013 aku.
Short and simple.
Laugh and tears.

Pengajaran 2013
Kalau tak suka diamkan saje.
Tak semua boleh terima dan pandang positif dengan apa yang kita cakap.
Kita boleh jadi matang sendiri.
Dan setiap perkara yang kita buat dengan niat yang betul.
Pasti ada hasilnya.

Tak tahu nak letak gambar apa. So letak jela gambar wedding iwan. Kuikui

xoxo,
samofa

Saturday, November 16, 2013

Officially graduate!

Salam uolls..

Hari khamis lepas, ade ambik jubah pastu ada raptai..time tu, aku seriusly tak ada perasaan nak berkonvo..rasa macam malass je..hari khamis tu pulak aku ada presentation bel yang macam unprepared giler..pastu rushing2 pergi kelas..maklumlah konvo pun dekat shah alam..so, tak ada maknanya lah nak cuti-cuti malaysia..alangkah bestnye kalau kat uitm jb yang kiut tu boleh buat konvo..untuk kita-kita aje..kompem gempak..

Ok..back to story..aku tengok orang lain semua eksaited nak berkonvo tapi kenapa aku rasa kosong je..hari khamis tu pulak, kawan-kawan kesayangan aku tak jumpa aku pun..ambik jubah terus balik..tapi tak apalah..mungkin diorang nak cepat, ada benda yang lebih penting..its ok, i'm fine..and thanks for wish gudluck for presentation bel tu..

Forget about the thursday..jump to saturday..today!!its my convocation day..lepas subuh, femely aku gerak dari jb..(ibu cakap aiman tak mandi..huhu)..dalam kol 11 tu sampai melati..then, pegi makan kat port biasa seksyen 7..lepastu pergi la parking bertingkat pkns tu..naik bas pergi datc..(parent pun berebut-rebut naik bas tapi tak se'ragbi' dan tak se'sadin' anak-anak mereka time balik kelas..huhu)

But still aku kene berdiri. Sensorang. Ni lah dikatakan malang tak berbau. 

Then, mendaki tangga ke datc..kesian apak yang ada sakit jantung tu terpaksa naik tangga banyak-banyak..tapi tak adalah banyak mana pun sebenarnya..banyak lagi tangga nak pergi menara saas..siap ada extra bukit lagi..

tak kuasa nak crop

Snap-snap gambar pastu susun-susun baris before masuk dewan..time ni lah aku dapat selempang pink pujaan hatiku tu..thanks to sis yang sarungkan selempang tu..aku suka cara dia buat kerja..coool and, sweet!

Pastu berarak masuk ke dewan..melangkah je masuk dewan tu, dapat satu feel yang superb..ini adalah perasaan yang aku tak boleh lupa berkaitan dengan konvo..sangat amazing..dengan iringan lagu dia, macam nak nangis siak!!sumpah!sangat sangat *******...undescribe..tak tahu nak cakap macam mana..kalau nak rasa, pergilah konvo..hehe..

Duduk..aku duduk paling depan dan paling hujung..(berkawan rapat dengan pintu)..ohhooo..nak tunggu nama aku memang agak lama..maklumlah nama huruf 'S'..nasib baiklah 'S' yang pertama..tunggu punya tunggu akhirnya giliran aku sampai..perkara yang paling merisaukan adalah terjatuh/terpeleot/tertanggal kasut dan tertanggal topi di atas pentas..tapi alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..weeehuuu...saya dah graduate!!

Lepastu budak-budak ANC berkumpul di tempat yang sama..baru nak semangat nyanyi lagu uitm, dah kena keluar ambik gambar..lepastu tamat..keluar laju-laju..dalam orang yang beribu-ribu, mecari di mana femely ku..berkat mata yang hebat,haha..jumpa pun..

Snap-snap gambar lagi pastu balik..


malas nak upload gambar banyak-banyak. thanks pami for camera :D


Dengan citah. Sorry sebab lekas pulang. Tak tertunai hasrat nak kasi kau pakai selempang pink ni.

Sangat terharu bila apak rasa berbangga dengan pencapaian aku masa diploma..maklumlah aku buat yang terbaik pun untuk apak (upsr,pmr,spm semuanya mengecewakan dia)..dan bila tercapai, rasa sangat gembira yang tak terkata..alhamdulillah..

"Bagus bagus! Good girl! Belajar betul-betul"katanya sambil menepuk bahuku before gerak balik jb :(

Hmm..untuk degree ni mampu ke aku making proud to my dad again..hmmm

nota kaki : tadi lepas naik pentas masa nak bergerak ke tempat duduk semula..ada orang cakap "tahniah sabariah"..aku toleh tapi mata tak fokus kat sesape pun..who is him?awkwardnya sebut fullname aku..definitely bukan orang yang kenal aku..papepun, wanna say thanks :)

nota kaki lagi : tak sabar nak konvo degree..aminn..insyaallah :D

xoxo,
samofa









Saturday, November 2, 2013

Maaf

Dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha mengasihani..
Assalamualaikum w.b.t..

Saya Sabariah Binti Mohd Fauzi (Samofa) a.k.a samosa (dll nama yang saya terima dengan hati terbuka) dengan penuh rasa rendah diri ingin memohon maaf kepada semua barisan SMF Perakaunan, Abaccs, Aftas dan pihak-pihak terlibat yang berkecil hati dengan entri "Accountants' Induction" yang ditulis pada 15 September..Sesungguhnya setiap manusia tidak terlepas dari melakukan kesilapan kan :)

Saya juga ingin menjelaskan di sini, saya tidak ada niat sedikit pun untuk mengutuk program tu..saya cuma ingin berkongsi cerita saya..tapi lain orang lain pandangannya dan saya mengaku saya mungkin beremosi ketika menulis seterusnya terlepas pandang tentang perasaan pihak-pihak yang terlibat..saya tidak peka tentang perasaan mereka-mereka yang menghabiskan semester break, bersengkang mata untuk organize program tu..mohon maaf :(

Sedikit salah, semua kebaikan tak dipandang..

Kerana protes saya terhadap emcee, saya buat general judgement..dan kerana luahan protes saya di akhir entri itu, segala apa keceriaan saya dari awal entri tidak dipandang..saya bukan tak suka pun program tu..yang sempat baca tu, awal-awal entri tu saya suka je kan kan :)

Saya bukan tak bersyukur..pasal air teh tak sedap (kot2 ada yang mempersoalkan), actually saya tak minum air teh sebab tu cakap macam tu..tak serius pun..pasal dinner, saya enjoy je makan-makan..alhamdulillah, sangat kenyang..atas tikar bukan masalah bagi saya..saya enjoy saje..tapi yang baca mungkin guna intonasi lain kot..hee..pasal program ni pun saya enjoy je dengan group member saya..hmm..saya cakap program ni tak best sangat..maksudnya program ni best tapi tak sangat je..bukan tak best..itu kutuk ke?hmm..pasal kena jalan jauh-jauh tu saya memang tak fit lah..kaki saya cepat sakit..ok, thats my problem :)

Tema?Saya cuma menyampaikan macam tak kena sebab raya dan merdeka dah lepas..yelaa, saya ni bodoh nak pikir maksud tersiratnya..saya juga mungkin tak ada otak cakap pasal rela tak rela ni sebab program ni memang wajib kan :)

Saya memang tak pandai..English always tonggang langgang..ada masa tolong check grammar bel saya..ok, joking..maaf if tak kelakar..

Hmm..rasanya tak ada apa lagi nak saya jelaskan..kalau ada yang tak clear lagi, sila beritahu ye :)

Terima kasih atas doa-doa kalian..panjang umur saya untuk sempat memohon maaf..(kalau lepasni jalan pun dah tak ada hal :) )

Sekali lagi. Saya mohon maaf.

*Dan good luck untuk test!Wish all the best :)


----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Peringatan untuk diri sendiri

(CRG520)
The sage. The pig. The dog. The devil.
Aql vs shaytaniyya toward shahwa and ghadap.
Let shaytaniyya overcome aql, i'll be on the state of an-Nafs al-Ammara.
But when aql overcome shaytaniyya, i'll be on state of an-Nafs al-Mutma'inna.

Tersilap langkah bukan salah besar tapi peluang untuk memperbaiki diri sendiri ke arah yang lebih baik.
Terlalu mencari salah orang, tak perasan salah sendiri. Terlalu bermegah dengan kehebatan diri, diri ini sangat kerdil di sisi-Nya. Setiap salah ada pengajaran. Setiap yang berlaku ada hikmah. Keadaan mematangkan fikiran.

Dugaan itu di mana-mana kan. Bila-bila masa. Saat kalut berdepan dengan inner conflict, assignment, quiz, presentation, oral and listening test, test test test..Tuhan uji kita dengan sesuatu yang kita tak jangka. Terpaksa menghadapi. Tertekan. Cuba untuk tidak terlalu memikirkan dan fokus tapi tiada daya. Hanya Dia saja lah yang tahu bagaimana perit rasanya.

Tapi alhamdulillah, saya tabah dan semakin kuat..

"I don't have time to hate people who hate me because I am too busy loving people who love me" - Anonymous

Terima kasih Allah. Terima kasih ibu. Terima kasih apak. Terima kasih keluargaku. Terima kasih sahabatku.
Terima kasih semua.

Uitmjb tetap dihatiku..*tetibe

Monday, September 23, 2013

Cerita di dalam bas

Salam..

Pagi tadi..like usually..tunggu bas before pergi kelas..after long time waiting, bersesaklah naik bas..seat kosong memang harapan jelah..so berdiri lah aku dengan sebelah tangan memegang seat sebelah dengan kuat..then bas bergerak..depan aku lelaki..makin lama makin ke belakang pulak dia..aku tak boleh nak ke belakang lagi sebab nanti tak ada tempat nak berpaut..haha..dalah beg ala-ala perempuan dia tu asyik nak langgar-langgar aku..sabar jelah..sampai padang kawad, bas berhenti kejap..ada yang nak naik and ada yang nak turun..

gambar hiasan

Lega sikitlah sebab ada jarak sikit dengan lelaki depan aku tadi..then, tetiba ada orang belakang yang macam tarik-tarik beg aku..bukan tarik kuat-kuat..lembut je..macam nak panggil lah..

Aku pun menoleh belakang..ada sorang budak lelaki ni tunjuk seat kosong kat aku..suruh aku duduk kat seat tu lah..

"bapak ah..gentleman gilee"

Aku yang agak blur-blur tu pun duduk jelah dekat seat tu..dia pulak terus jalan ke depan dan berdiri di tempat aku berdiri tadi..dalam hati aku ni seriusly terharu sangat..walaupun sekejap aku dapat seat tu, tapi perasaan tu...susah lah nak cakap macam mana..macam tak sangka, ada lagi orang-orang yang gentleman macam ni..with strangers..

Tapi sayangnya aku tak nampak pun muka dia..but surely i'll remember...

Jejaka berkemeja purple with beg belakang biru kotak-kotak..hope we will meet again..



p/s : inilah sikap orang melayu yang patut dicontohi..peace!! :)

xoxo,
samofa


Saturday, September 21, 2013

Kekuatan pengaruh atau penat yang mempengaruhi?

Salam..maap agak berbelit tajuk entri..actually nak ceritalah..aku ada roomate..baik budaknya..at first dia tidur awal gilee..pukul 11 gitu dah tidur..aku pulak yang dah sememangnya burung hantu since cuti dulu tidur pukul 3..kadang-kadang terlebih-lebih..


But after a week and some days..

Hari-hari biasa aku akan tidur awal..pukul 12 dah tumbang..maklumlah no rest, tiada istilah tidur petang pulak tu..seriusly penat..dan roomateku pula tidur lebih lambat dari aku..

Ai..takkan dia terpengaruh dengan aku dan aku terpengaruh dengan dia pulak??haha..

Sebenarnya aku rasa pelik dan janggal bila tidur lebih awal dari orang lain..kih3..rasa macam teruja pulak..tak pernah kot..since kat rumah, kat hostel, kat kampung, kat kolej, kat rumah sewa..

Semoga hari-hari mendatang aku boleh kawal tahap kepenatan aku dan meneruskan perjuangan aku untuk tidur lambat..haha

p/s : semalam aku tidur pukul 10 lebih sebab sakit gilee perut..huuu :(

xoxo,
samofa

Thursday, July 25, 2013

Campak saja aku dimana-mana saja pun aku masih bisa

Salam..mungkin ada yang paham dengan tajuk entri ni and maybe ada gak yang tak paham..ape benda campak-campak bagai ni kan..haha..

Actually nak kongsi lah sikit cerita aku..tapi tak tahu nak start dari mana..ok lah..lets begin like this..korang pernah tak duduk berjauhan dengan family?Haa..

First time aku berpisah dengan family masa aku darjah 6..memang aku ingat lagi..pergi kem upsr gitu je pun..3 hari 2 malam pulak tu..tapi oleh sebab first time, so aku demam teruk lah dekat kat smk bandar putra..kulai je pun..tak jauh mana dengan skudai..aku muntah-muntah sampai terbaring dekat katil je..(baik tak payah pergi kalau macamtu kan)..haha..



Tapi bila aku balik rumah je, terus sihat..macam magic..seriusly..dalam sekelip mata je..tu lah penangan homesick..haha



Lepastu aku sekolah menengah stay kat asrama..kali ni aku chillax je..padahal satu orang manusia pun aku tak kenal kat stk tu..maklumlah jb dengan kluang kan..jauh jugaklah..sejam setengah kalau naik bas..mostly budak-budak sek rendah semua pergi masuk smk bandar tenggara 2..aku pun dapat offer situ tapi my dad suruh masuk asrama kat kluang sebab kat kluang ada orang boleh tengok-tengokkan aku..mohon stk and smktho..pastu smktho accept..but a few day later, stk pun accept..so better stk la kan..

Aku memang jiwa kebal kat sana..nangis pun malam-malam je..haha..tu pun awal-awal je..buat kawan baru..terus have fun kat sana sampailah habis spm..

Pastu masuk universiti pulak..dapat uitm..ada jugaklah budak sekolah aku yang dapat situ jugak..cha, lisa, aziah..tapi depa semua course bisnes dengan banking..aku ni akaun..kena cari kawan lagi..tapi jumpa jugaklah..and rocking sampailah graduate..

This time sambung degree pulak..aku ada 4 orang kawan baik..tapi nasib memey tak menyebelah kat aku..sekoq pun takde yang sama dengan aku..(nasib baik kampus tetap sama)..mula-mula memang hampe lah..but a few minute later, aku chill jela.."Allah tak kan bagi dugaan pada hambanya jika hambanya itu tak mampu menanggungnya"..so, aku (dengan bersemangat) yakin aku boleh! campak lah aku pi mana-mana pun, aku masih boleh..yeppi!

Walaupun kampus shah alam tu besar gila (entah berapa kali ganda dari larkin) tapi ok ape..senang sikit nak cari calon suami..banyak choice..haha..menggatal pulak..

Oklah, panjang sangat aku mengarut ni..so, for mirsa, jangan lupa aku tau..kat sana jangan asek tidur je..kalau tak jumpa calon suami dekat segamat, nanti kita sama-sama cari dekat puncak alam pulak (kalau aku pun tak jumpa jugaklah)..haha..tu pun kalau jadi pindah..kalau tak bye2 lah kita ye..-__-

xoxo,
samofa

Friday, July 19, 2013

Keputusan penerapan semester akhir diploma UiTM ke program sarjana muda

Salam jumaat kawan-kawan..

Macam panjang je kan tajuk entri kali ni..

Oklah hari ni bertarikh 19 Julai 2013, result bagi penerapan sem akhir dip uitm/kolej bersekutu uitm ke degree pun keluar pada pukul 12.30 tengahari..


Aku macam biasa lah..even curious sangat nak tahu apa resultnya, tapi aku lagi suka lambat-lambat..kasi hati ni redha dulu kalau dapat kat segamat ke..sebab kalau ikut pada senior, mostly antara segamat dengan melaka..nak dapat shah alam macam susah je kan..so, aku harap sangat dapat melaka..sebab dekat bandar..aku memang kureng kalau dalam kawasan hutan ni..tapi sebab nak redha kan diri aku cakaplah "takpe lah kalau dapat segamat pun, melaka tak ade padang"..papepun yang penting dengan kawan aku..

Tapi suddenly dapat mesej dari wiah..
"Dh check?"
Aku reply 
"Belum, ko dah ke?"
Dia reply balik..cepat je..tak sempat aku nak berdebar-debar ke..
"Dh..huhu..akaun,sgmt..tp kt sgmt 2 smntre..yg tetp kt punck alam..tp aku pn x fhm cm mne..huhu..aku, ijat ngn mas sme.."

Pastu aku dapat mesej dari ijat pulak..
"Ba! Dpt mana bas? Ktorg sume penghuni dlam utan.."

Hepi betol diorang ni..semua dapat tempat yang sama..aku pun expect benda yang sama la..pastu aku pun merajinkan diri bukak lappy..(malas nak pakai fon)..berdebar-debar sikit lah..dalam hati harap sangat dapat segamat..sama dengan diorang..

pastu aku key-in lah i/c aku..cepat je dia keluar result..tak macam upu..tapi seriusly UNEXPECTED..


dapat deegree akaun tu dah ok sangat lah..memang first choice..memang kalau aku tak dapat akaun, aku mohon second intake..yang penting akaun..

tapi yang menjadi masalahnya di sini, aku dapat kampu shah alam..bila aku tengok je aku tak tahu nak sedih ke nak happy..first time ada feeling macam ni..

aku mesej wiah..
"Beb...... :("
pastu wiah terus call aku..dia pun dah expect aku dapat sa..tapi oleh sebab aku tak expect..so aku jadi haru..menangis dok..tak dapat sama dengan diorang..tapi wiah cakap nenek dapat melaka course finance..
pastu wiah cakap yang dia dapat segamat tu kampus transit..yang tetap dekat puncak alam..so, aku pun tengok lah surat tawaran..



fuhh..aku pun sama..sa tu kampus transit je..kampus tetap kat puncak alam..huuu..cepat-cepat lah kene pergi puncak alam tuh..tak sabar nak jumpa diorang balik..(bajet macam aku dah masuk sa je sekarang ni)..

tetiba aku teringat mesej ijat yang aku belum reply lagi..terus aku reply..
"tanak jawab.."
then, dia reply..(cepat je, biasa beberapa jam lepas tu,haha..)
"Asal?S.alam ea? Untung la dkt dgn uma mak mrtue.. Jeles nya."

serabai je dia ni..saje la tuh..nak sedapkan hati aku..sobs sobs sobs..

papepun still bersyukur..sebab tak semua rasa apa yang kita rasa ni..yang tak dapat tu mungkin ada problem sikit..boleh cek balik lepas 2 3 hari..problem itu ada di mana-mana kan..kalau tak dapat jugak, buatlah rayuan ye..moge ada rezeki..

tiba-tiba teringat pulak masa dekat rumah sewa dulu, time nga study final exam..borak-borak dengan diorang..aku punyalah cakap "aku harap aku tak dapat segamat"..aku dengan mas hope dapat melaka..sebab actually kitorang nak shah alam tapi mcm tak je kan..pastu wiah tanya aku "kalau kitorang semua dapat segamat, kau sorang je dapat shah alam, kau sanggup tukar kampus?"..aku cakaplah aku sanggup..

tak sangka kan benda macam ni betul-betul jadi..tapi situasi sekarang lain..oleh sebab shah alam kampus transit je and kitorang dapat kampus tetap dekat puncak alam,so tunggu jelah detik bertemu kembali itu tiba..chewah ayat tak boleh blah..haha

p/s : no matrix kali ni senang nak hafal..2013669904..

xoxo,
samofa