Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
Bercinta memang mudah, Untuk dicintai juga memang mudah, Tapi untuk dicintai oleh orang yg kita cinta itulah yg sukar diperoleh..
Kata-kata diatas ni dipetik dari watak Mr.F dalam novel "MAID" karya suri ryana..walaupun kata-kata ni wujud dalam novel tapi logiknya wujud dalam realiti..setuju tak?hehe..
"Bercinta memang mudah"
Bila-bila je boleh jatuh cinta..mungkin dengan kawan, dengan musuh, dengan lecturer, dengan jiran sebelah rumah, dengan senior atau junior, dengan jurujual 7eleven dan dengan orang yg kita tak pernah kenal sekalipun..sebab aku percaya pada love at first sight..cinta itu ada dimana-mana kan..
oh ha ni love baek sung jo
"untuk dicintai juga memang mudah"
Sama juga halnya kat sini..bila-bila je boleh ada orang yg simpan perasaan pada kita..sama ada kita tahu atau kita tak tahu ataupun kita buat-buat tak tahu..yang penting benda macam ni memang berlaku..realitinya memang ada..kalau korang rasa tak ada siapa yg sayangkan korang,korang silap..at least ada seorang yang memandang korang dari jauh..tak percaya?percayalahh..
bong jun goo love oh ha ni
"tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cinta itulah yang sukar diperoleh"
Setuju kan?kita memang mungkin suka pada kawan kita tapi dia mungkin tidak..kita mungkin jatuh hati pada abang pizzahut tapi dia mungkin tak perasan kita pun..kita mungkin suka gila dengan fizo omar tapi dia mungkin tak kenal kita pun..aku pun alami juga hal sebegini..perempuan tu suka mamat tu,mamat tu suka aku,aku suka kawan mamat tu,kawan mamat tu suka bekas awex dia,bekas awex dia pula suka pakwe baru dia dan diorang suka sama suka..
love is miracle kan..pusing-pusing macam tu juga..susah nak jumpa orang yang kita cinta yang cintakan kita juga..means love each other la..but believe in takdir dan jodoh..percayalah..tak ke mana punya..pasti akan hadir hari yang bahagia tu..siapa tak seronok bila dapat tahu orang kita sayang selama ni pun sayangkan kita juga kan..hehe..
baek sung jo..oh ha ni..love each other..so sweet!!
Tapi ada satu masalah besar yg biasanya jadi penghalang..baca sini..
Nota kaki : waiting the day for "you" to love me too..
Straight to the point..masalah ni memang biasa sangat berlaku..aku menulis ni untuk memberi kesedaran pada korang semua..bukak mata besaq-besaq naa..
SCENE YANG BERLAKU
Mamat jatuh hati pada Minah dan Minah juga jatuh hati pada Mamat..nampak mudah kan..tapi masing-masing tidak tahu perasaan sebenar orang yang mereka suka itu..macammana nak tahu?luahkan la kan tapi masing-masing tak berani..
Alasan Mamat "Macam mana kalau Minah tu tak suka aku pastu dia reject aku..tak sanggup doh..mana nak letak muka..pastu mesti dia mengelak jumpa aku.."
oh minah..i love you..
Alasan Minah "Takkan la aku nak mulakan..macam perigi cari timba pulak..segan lah aku..nanti dia ingat aku desperate sangat nak kat dia"
oh mamat..i love you..
This is the typical thinking of people..suka sangatlah pikir negative..yes,i admit..lelaki memang susah nak terima kalau kene reject dengan perempuan..diorang akan rasa diorang loser..tapi bila korang pendam perasaan lama-lama sampai ada orang yang membuka langkah dulu..orang tu hidup bersama dengan orang yang kamu cinta..korang tak rasa korang loser ke?
Lepastu pulak orang yg korang cinta tu actually cintakan korang tapi oleh sebab korang hanya berdiam je, so dia anggap korang tak ade perasaan kat dia n si dia terima je orang lain..korang tak rasa korang loser ke??!korang sebenarnya the dumb loser..hamek kau..
Tapi biasalah, ego is everything for man, kan..when he see her lovely girl live with other man, first he will frust n regret but after a while, his ego will say...
"naseb baik aku tak confess yg aku suka Minah..kalau tak mesti dia reject aku..see,rupanya dia suka Dolah"
Poor Mamat..very poor of Mamat..
Perempuan pun macam tu juga..terlalu malu untuk berterus terang..tapi tak salah sebenarnya untuk memulakan..macam kisah saidatina khadijah kan..sweet saje..apa yang penting adalah keyakinan dan pikir positif..
Macam kes Mamat dan Minah..tak rasa sayang ke kalau biarkan macam tu je..rugi gila kot..in fact they love each other..ingat senang nak jumpa??
Malu direject?relax lah Mamat..hang nak malu dengan siapa?perempuan tak pandang pelik-pelik punya..at least, even korang direject, thats girl tetap proud dgn korang sebab berani meluahkan perasaan..
Perigi cari timba?buang stigma ni Minah..kalau betul cinta, cinta itu sendiri akan menutup rasa malu..peringatan,this is about the love confession only ok..sifat malu tu mesti dijaga seeloknya oleh kaum hawa..
Think positive..tapi jangan terlalu over confident pulak..nanti terkena wabak kuat perasan..just think about love, happiness and so on..
I give tips here..before you confess to him or her..let yourself know bout him or her..korang maybe boleh risik-risik dgn best friend si dia..in case korang memang tak confident la..
Even kalau korang tau yang si dia sukakan orang lain,still tak salah untuk korang mencuba nasib..bila korang dah luahkan,korang akan rasa lega dan lapang..dia terima atau tak, itu belakang cerita..u have done your job..
Luahkan rasa cinta pada orang yang kamu cinta sementara dia masih ada..kelak kamu terpaksa meluahkan pada pusaranya setelah dia pergi..
Tak nak menyesal kan..so,fighting everybody!! Lets confess our feeling!
Nota kaki : motivate myself too
Nota kaki lagi : Rasanya tak perlu nak tanya pendapat like i'm love councelor
Salam..hari ni nak update pasal ciri-ciri lelaki idaman a.k.a. prince charming..guys, please take note okayh..ni untuk kepentingan anda..haha..bajet betul aku..
Ni list nya..bukan mengikut ranking ok..just apa yang terlintas..kalau ada lagi nanti aku update dari semasa ke semasa..
1) Ketinggian
Amboi..fez skali..nampak sangat la aku suka lelaki yang tinggi..haha..kalau tak tinggi pun, at least dia lagi tinggi dari awex dia la..so, yang agak tak berapa nak tinggi tu silalah cari yang sepadan ye..haha..tapi kalau dah jodoh, its fine.."murah rezeki"..
kau tengok tu betapa tingginya aiman ni
2) Warna kulit
Haa..yang ni sangat subjektif..kalau aku, aku suka yang cerah-cerah..tapi ada jugak yang suka hitam manis..nampak jantan la katanya..
lee dong wook yang cerah
atau adi putra yang hitam manis
3) Rambut
Aku suka tengok rambut orang..aku tak suka lelaki yang letak minyak rambut busuk banyak-banyak kat rambut..biasa-biasa sudahla..asalkan smart and stylo..
gd ni biasa-biasa je tapi hairstyle dia really admiring!
4) Handsome
Biasalah..apa-apa pun kena tengok luaran dulu kan..tapi handsome ni subjektif..yang tak hensem bagi cik siti mungkin hensem bagi cik minah..
asyraf muslim..no objection, he really handsome..
5) Inner beauty (baik hati)
Guys with inner beauty ni susah jugak nak jumpa..
fizo omar yang very kind..rajen dia layan fans dia..
6) Penyayang
Perempuan lebih suka lelaki yang boleh tunjukkan sifat penyayangnya..bagi yang tak reti tu its fine..sweet jugak..tapi cik minah tu kenalah alert..ye tak..
7) Romantik
Pandai ambil hati..caring..ada saje surprise..kasi bunga, kasi ceklat, kasi hadiah..syok kot..plus pandai main alat muzik dan bersuara merdu..
8) Tak kuat cemburu dan mengongkong
Anti gila kot aje dengan encik mamat yang macam ni..cemburu buta pastu nak buat itu tak boleh, ini tak boleh..nak cemburu tu boleh tapi perpada-pada lah..berilah kepercayaan buat cik minah..
9) Kelakar
Encik mamat kenalah ada sense of homour untuk usha cik minah..dan lawak anda itu haruslah bersifat semula jadi..bukan dibuat-buat ok..nanti orang meluat..
kamal adli ni kelakar orangnya..kening terbelah dia tu buat aku melting!!
10) Nakal
Aku suka jenis yang naughty-naughty ni..tak jahat tapi nakal..love it!!ahh..melting..
mizushima hiro dalam hanakimi memang nakal!
the adorable sam bunkface is really naughty
really like him..peduli hape aku nak letak 2 gambar sam..haha
boleh nampak sam sangat naughty
11) Cute
hairul azreen..alahai..cute!
12) Tough
Kegunaan : Bersifat melindungi
maskulin brader..fahrin ahmad!
13) Have something
Ni penting!!Kalau dah muka macam pecah tembok kena lah ada "something" yang boleh buatkan orang sukakan anda..
Salam u'olls yg ohsem..
A bit late updated..hari selasa lepas bertarikh 2 jun 2013, aku dan geng mirsa plus aida pergi uitm jb untuk buat clearance..
Mende alah clearance ni memang wajib dibuat bila kita dah grad..mintak sign sane sini kat borang clearance,hantar kad modul n buku ki..a bit tired sebab buat last minute tapi it just not waste time bila buat sekaligus kan..i take the easy one lah..haha..
Agak lambat sampai uitm sebab jalan jammed kat area skudai yang lastly tak tau ape punca..cam siot..sampai je uitm,swear sunyi gila!mane student lain weyh!
Bila batch kitorang ramai dah grad,uitm jb tinggal 3 batch je..maklumlah dah nak tutup kan..pastu kitorang pegi library dulu nak isi kad modul dgn buku ki..peh sunyi siak!!kitorang yg datang ni buat bising..dulu tak camni pun..
Kitorang pergi jumpa miss sue..talk2 pastu makan kat kafe..masa tu baru pukul 12 suku gitu tapi kafe lengang!pehh..kalau dulu time2 camni lah waktu kemuncak..nak amik nasi kene bratur,nak bayar pun kene bratur,seat pun penuh..tapi sekarang?kosong..kosong..
Pastu lepak kat surau jap..then, pegi mintak sign sane sini..bila dah siap semua rasa lega sangat2..fuhh..
tadaa..kad matrik dah berlubang..ingatkan dia nak patahkan dua..nasib baik tak..boleh buat kenangan..hehe..tak payah tengok sangat gambar part 1 ni..
barcode dah berlubang..ehek
proof of clearance done
Nota kaki : sepanjang aku study kat uitm ni,aku dah pernah pinjam 40 buah buku..banyakk tuu..mas pernah pinjam 2 buku je..haha..lawak!