Pages

klik klik klik

Thursday, October 9, 2025

How to heal from Tragedi Oktober

 Tragedi Oktober

Aku baru tahu Tragedi Oktober ni bukan lagu je, rupanya lagu dari filem Tragedi Oktober itu sendiri. Dan aku tak pernah tahu kewujudan filem ni. Yang kedua, filem ni adalah sekuel daripada filem Sembilu dan Sembilu II. Just sharing benda yang aku baru tahu.

Tapi bukan ni yang aku nak cerita kali ni.

Aku nak cerita tragedi oktober yang terjadi pada aku.

04.10.2025

Aku kehilangan...kandungan aku

I had a miscarriage...

Fuhhh...susah ye nak tulis entry kali ni 😢

19.09.2025 Aku, husband and Iris dinner kat quill mall. Macam biasa Iris dah habis makan mulalah nak ke sana-sini. Lepas habis makan dan bayar kat kaunter, aku toleh belakang dan nampak Iris ni tengah pegang tangan seorang budak lebih kurang umur dalam setahun lebih. Iris so like kakak-kakak yang tengah pimpin tangan adik. So start from there, aku terdetik Iris ni nak dapat adik ke. And that time, period aku pun dah quite late. So malam tu, i did test. No hope no expectation. Just macam saja nak test. Sebab walaupun my period quite regular, tapi memang ada je time yang lambat datang. Maybe hormon. Malam tu pun aku test guna ovulation test yang dah expired lama. 

Ovulation test ni tak sama macam pregnancy test. Tapi both akan ada control line (C) dan test line (T). If pregnancy test, double line means pregnant. Line C & T akan ada muncul. Kalau hanya C line je ada means not pregnant. Tapi untuk ovulation test, memang akan double line. Positive kalau line T sama terang dengan line C. Negative kalau line T faint. Pregnancy test akan detect human chorionic gonadotropin (hCG) tapi ovulation test akan detect luteinizing hormone (LH) surge.

Tapi in most cases ovulation test ni boleh guna untuk check pregancy. Why? Sebab hCG and LH ni lebih kurang. Nak describe details tu bukan kepakaran aku lah. And aku pakai logic jelah. Sebab ovulation test akan positive like sehari dua je. Then, dah faint balik line T. Means dah ovulating. So, if period lambat tak sampai-sampai, kau test ovulation, then come out positive. Takkan maksudnya kau ovulating dua kali kan. Means something else lah. Ni kira logic akal je and aku just share je. Kenapa aku pakai ovulation test? Sebab aku takde pregnancy test. Simple kan. Actually, aku ada banyak stock ovulation test. Tak habis pakai since TTC untuk dapatkan Iris dulu. Dah expired pun. Why takde pregnancy test? Sebab jarang period datang lambat and susah sikit nak lekat.

So malam tu, aku buat ovulation test untuk saja hilangkan hope gitu. Takde mengharap. But suddenly come out positive. Memang tak expect langsung. Malam tu memang aku tak boleh nak tidur. Esoknya, aku beli pregnancy test untuk check. And yes, confirmed pregnant.

After agak-agak bila first day of last period, aku punya kandungan time tu dalam 5 weeks. So due date will be in May 2026. Aku tak beritahu sesiapa pun. Aku tunggu masa nak beritahu husband. Sebab the double line pun still very faint. Aku tunggu quite terang and betul-betul confirm.

The next week, kitorang dengan mas n que fly pergi Jakarta-Bandung. Balik dari trip tu hari isnin malam sebab flight delay. Nasib baik hari selasa tu aku ambil cuti. Tapi start daripada hari selasa tu, aku start spotting. Tak banyak pun. Sikit je. Rabu aku masuk ofis dah. Tapi spotting tu berterusan. Sampai hari jumaat, spotting tu dah banyak sikit. And boleh rasa, the bleeding tu. Aku macam tak sedap hati and told my husband nak check tomorrow. Oh ye, aku inform my husband about my pregnancy on thursday. Of course, dia pun surprised and happy. Hari jumaat tu kitorang dinner sama. And malam tu banyak cakap pasal future baby. Nak letak nama apa. How i found out, i tak boleh pergi concert MCR sebab time tu i dah 38 weeks if belum deliver.

Tapi bahagia cuma seketika.

04.10.2025

The spotting makin teruk but still brownish. Husband aku kebetulan keluar pagi tu ada bowling. Aku beritahu nak pergi clinic sebab aku dah start rasa cramping teruk. So, aku naik grab je dengan Iris pergi klinik area rumah.

Clinic assistant do ultrasound scan. And dia keep cakap tak nampak kantung. And doctor cakap maybe dah turun sendiri. Dah keguguran. Complete miscarriage. Hati aku luluh hancur sehancurnya. Balik tu, aku baring menangis sambil sakit cramp. Nasib baik Iris elok je jaga aku. Pujuk aku. Husband aku rushing balik lepas bowling. Aku nangis je peluk husband. Tak mampu nak cakap apa. Husband aku pujuk aku cakap bukan rezeki, jangan fikirkan sangat, maybe Allah nak bagi rezeki lain...aku sambung rest je.

Malam tu, kitorang pergi clinic Dr Ayana area desa pandan. And confirmed, memang dah takde. Sebab dia check dari bawah and korek-korek serpihan darah/janin. Tapi malam tu, aku dah quite stable and redha. Tapi aku memang puji sangat Doctor Su tu. Sangat-sangat bagus. And keep tanya aku ok ke.

Tapi yang aku kesal. Doctor tanya kenapa spotting hari selasa tu tak terus pergi clinic. Maybe kalau pergi time tu, kandungan masih boleh diselamatkan.

Kat sini, aku belajar dan aku harap semua ambil iktibar. Tak semua pregnant tu sama. Spotting/bleeding during pregnancy is not normal. Aku terlalu rilex sebab time pregnant Iris pun memang ada spotting macam ni. Time tu memang terus pergi clinic. Doctor cakap sometimes memang normal untuk ada spotting sebab part of implantation kat dalam rahim. But whatever it is, kena pergi clinic untuk check. Sebabkan aku fikir normal dan spotting ni pun tak seteruk spotting time first pregnant, aku assume kandungan aku takde pape.

The next day, aku pergi klinik mediviron untuk ambil MC memandangkan aku still sakit and company aku kerja ni pulak tak accept MC klinik lain. Yang aku sakit hatinya, dia bagi aku MC untuk hari tu je. Hari Ahad. Aku ni miscarriage tau. Bukan demam. Dengan doctornya langsung tak check aku. Takde mintak report from clinic semalam. Aku siap argue lagi dengan clinic assistant tu. Sebab macam tak boleh terima akal lah dia bagi MC sehari untuk hari Ahad tu. Bukan aku kerja pun hari ahad. And dia cakap sebab policy as panel memang macamtu. Boleh bagi MC untuk hari datang klinik je. Habistu, nak aku datang klinik hari-hari ke macam mana. Then, dia suruh pergi clinic lain. Geram gila. Dalah bagi ubat sebabkan S.O.P. je. Pastu bill nak dekat seratus. Aku tak perlu pun ubat-ubat tu.

Then, i did study sikit berapa lama MC untuk miscarriage ni. So basically kalau complete miscarriage dan tak perlu operation cuci rahim D&C, normally MC 7 hari. Kalau perlu D&C then 14 hari. Aku dapat sehari? Takde common sense. Esoknya aku pergi klinik kesihatan kerajaan. And finally dapat MC sampai hari jumaat which is today.

Aku bukan suka-suka nak MC. Kadang orang nampak luaran je ok, dalaman tak nampak kan. Macam aku haritu, i thought everything ok. Siapa jangka boleh gugur. Rahim ni baru lepas gugur nak kena rest betul-betul. Emotion lagi sometimes ok sometimes tak. Semua tu perlukan rest yang cukup. Sepanjang MC ni memang aku tak keluar rumah pun.

So now, after rest a week ni. Aku quite ok. Sibukkan diri kemas rumah sikit-sikit. Merasa jadi suri rumah kejap. Sakit cramp dan sakit belakang pun dah kurang. Bleeding pun dah makin kurang. Cuma kadang-kadang teringat tu yang sedih sikit. Terkilan. Tak tahu macam mana cara untuk tak salahkan diri sendiri. Sebab aku baru tahu jugak, naik flight untuk first trimester ni tak digalakkan sebab kandungan still fragile and the pressure, some baby tak boleh tahan. Adakah tu punca gugur? Wallahualam.

So doakan aku kuat untuk move on.

Moga ada rezeki untuk pregnant lagi.

InshaAllah.

😢

Thursday, September 4, 2025

Harga sebuah penantian

Harini pergi tengok wayang cerita Conjuring The Last Rite. Nampak macam berani kan nak tengok cerita seram, kat wayang pulak tu. Hakikatnya memang berani pun. Hahaha. Kitanya takut jenis asia je. Hantu overseas kita tak takut. Ada yang cakap ni conjuring yang last. For me, it’s a good end lah buttttt still macam kureng sikit lah.

My husband cakap the first conjuring movie was the one yang terus letak conjuring ni another level. For him. Aku pulak lain ceritanya. Disebabkan aku dengar orang cakap conjuring ni best dan seram gila. So maybe aku letak too much expectation and end up ‘ni seram?’. Aaa gituu. So lepas dari tu aku tak letak expectation sangat la. But yes, i still remember how much i am disappointed at that time.

Eh jap. Macam dah lari dari topic ni.

Sebenarnya aku nak cerita benda lain. Sebelum pergi tengok wayang.

Disebabkan nak tengok wayang tu kat Ampang Point, so hari ni aku turun kat Chempaka. Sementara nak tunggu my husband datang tu (agak lama sebab jammed), ada sorang auntie datang kat aku.

Dia tanya ‘amoi, nak beli tak’

Lahhh menjual rupanya. Aku dah get ready ingat orang nak tanya direction ke apa kan. Kat dia ada biskut hap seng, minyak sayur, baked bean, pencuci muka (not sure what brand) dan bihun. Kitanya tak boleh tengok orang tua menjual gitu. Sebagai nak support, kita pun beli lah. Tapi macam tak tahu sebenarnya nak beli apa sebab semuanya macam tak berapa berminat. Hahaha. At last aku beli biskut hap seng tu jelah buat syarat. Dia siap tanya tak nak beli bihun ke. Aku cakap kat rumah dah ada. Pastu dia cakap bihun ni orang susah nak beli 😂

So itulah cerita harga sebuah penantian. Nilainya RM5

Till next time

Samofa

Thursday, August 21, 2025

Ditembak tak mati

Fuhhh what a day ya!

Hari ni aku berperang dengan hanya berbekalkan harapan. Hanya ada dua outcome. Win or lose. Kalau menang, menang besar dan kalau kalah, memang kalah mati. Tapi tak ku sangka, belum mula bertempuran dah kena tembak dengan berdas-das peluru.

Tapi dahsyatnya dah kena tembak sebegini teruk pun, kitorang masih tak mati-mati. Liatnya demi menyelamatkan majikan yang tak nampak pun usaha kita. Macam case yang lepas, gila-gila punya kerja keras. Hujung-hujung hanya ‘Good job! Well done!’.

Bukan tak bersyukur tapi….
It’s just not enough.

Kita ni punya lah ulang alik KL-Melaka menghadap officer.
Korek dokumen atas timbunan dokumen yang hampir dibuang kat factory tu.
Perah otak mencari ruang dan peluang.

Akhirnya dibalas air liur je.

Hmmm inilah lumrah kuli.
Nak harapkan apa kan.

So that’s why this case kita pun macam dah demotivate.
And actually kita belum sempat recover pun.

Tapi kita masih tak nak mengaku kalah. Nak sebut perkataan ‘setuju’ tu memang the hardest word lah. Tapi siapa duga, rezeki Allah. Kita ada peluang untuk menang sekali lagi.

Semuanya masih kemungkinan.
InshaAllah.

Doa-doakan.

Till next time.

Samofa


Wednesday, August 20, 2025

After 10 years

Entry last aku 2015, sekarang dah 2025. 10 tahun ya.

Why after 10 years?

Tbh, idk. Just this morning, aku tengah buat kerja, then suddenly stalking someone. I never stalk this person before. Aku jumpa linkedin dia dan tak expect dia ada blog. Masih ada lagi yang tulis dalam blog zaman sekarang ni ya. But then after aku baca blog dia, terasa diri sendiri nak tulis juga. Lol. So, here we are.

Dan sedar tak sedar, last entry aku sebelum aku menghilang adalah di tahun 2015. Sempat juga aku baca few entry. Penulisan? MashaAllah. Dengan short formnya, dengan tulisan kecik besarnya, macam zaman sms. Jujurnya susah nak dibaca. Ada yang merepek, mengarut, terpaling itu ini, yes aku tengah judge diri aku sendiri. Tapi still, aku takkan delete lah. That is part of my life, part of me. And i'm grateful for it. Sebab ada kenangan yang aku sendiri pun dah lupa. Lumrah manusia. Lagi-lagi remaja purba ni. Semua benda pun dah tak ingat.

Tapi kenapa aku decide untuk comeback?

Maybe sebab rindu nak menulis.
Dan meluah mungkin?

Boleh je nak meluah di socmed kan tapi entahlah. Kadang-kadang tu kita cuma perlukan tempat sahaja. Tanpa ada penonton dan pembaca. Sekadar untuk diri sendiri. Dan untuk tatapan diri sendiri mungkin? Untuk aku di 10 tahun akan datang, jika umur panjang. Time tu mungkin aku akan judge aku yang di masa sekarang.

Hi future me.
Don't be so mean ya.

Tapi tulah. Yang aku tak faham blogger ni macam tak berkembang ya. Macam ni jugak templatenya. Dan tak berapa friendly. Tak semudah nak post kan facebook, twitter etc. Emoji pun takde lagi. Smh.

Oh ya. Dalam list aku pun rupanya ada draft yang aku tak publish. Taktau kenapa. Mungkin aku akan publish few. Haha. Ada yang panas ya.

Btw, aku sebenarnya ada meeting tax audit dengan officer esok kat Melaka. Tapi macam dah takde energy untuk appeal sebab dah habis guna tenaga fight kaw kaw. Last case, sampai benda 2mill boleh jadi 50k je. I'm so proud of me. This round 500k tapi nak fight agak susah.

But wish me luck.

Till next time.

Samofa

Wednesday, August 12, 2015

Sekadar mimpi


















Kau datang kepadaku
Membawa sekuntum bunga merah
Kau berikan padaku
Ku malu

Kau tanyakan padaku
Sudikah aku menemanimu
Aku tertunduk kerna
Ku mahu

Tapi tu semua mimpi
Jauh tuk gapai realiti

Handsome, kacak, bergaya
Pakej semua tu pada kamu
Pemalu, pendiam, pendendam
Itu pula hanya aku

Mana pipit dan enggang
Mana bisa bersama terbang
Takkan pula langit dan bumi
Takkan cintanya bersemi

Bagaikan sang pungguk sepi
menunggu bulan nan dirindui
Bulan yang tak mungkin
Jatuh di riba

Walau kasihmu ku damba
Redhaku ketentuan yang Esa
Bukan takdirku
Dengan dirimu
Kerana ku sedar ini mimpi
Mimpiku hanya sekadar mimpi

xoxo,
smf

Tuesday, October 7, 2014

Tips diet mudah

Assalamualaikum uollss..

Nak kuruih tak? Sini iollss nak kongsi sikit tips. Mudah dan simple jee.



1. Breakfast like a king, lunch like a queen and dinner like a pauper.
Haa..uolls pernah dengar kan. Korang pergi lah mana-mana tips suruh diet mesti dia suruh korang amik breakfast. Penting! 

Tapi aku terbalik sungguh la. Breakfast tak hambik, lunch makan ala kadar, tapi dinner melantak bagai nak gila. Plus supper yang superb lagi. Haha. Jangan follow aku naa.


2. Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit dan makan dengan perlahan.
Makan secara perlahan menyebabkan kita cepat kenyang. Namun tiada guna kalau makanan dalam pinggan kita itu berbukit-bukau. So, kena reduced kuantiti. Barulah menjadi. Percayalah. Makan pelan-pelan ni akan buat makanan cepat cerna. So faham-faham lah. Malas nak explain.

Aku selalu makan lelaju sebab tak nak cepat kenyang. Jangan ikut perangai aku ni.


3. Makan ala forever loner
Means korang kena makan sensorang. Kekadang makan dengan kengkawan or family menyebabkan nafsu makan bertambah-tambah. Lepastu makan sorang-sorang kan tak best. Korang akan rasa bosan dan tiada selera untuk menambah sepinggan lagi.


4. Makan di dapur
Dapur adalah tempat yang paling bosan untuk makan. Bagi aku lah. Tak tau lah korang. So, korang bila time makan tu sila duduk di dapur. Jangan mengada-ngada pergi makan depan tv atau depan laptop melayan drama korea. Dan juga jangan makan di luar berteman langit gelap bersama bintang-bintang berkelipan. Jangan ok!


5. Berpuasa
Kalau korang diet style tak makan itu sangat tidak sihat ok. Lebih baik korang berpuasa. Kalau puasa ni kita akan kurang rasa lapar. Percayalah. Sangat digalakkan berpuasa lebih-lebih lagi ketika korang sedang menelaah pelajaran. Seriously, study memang akan buat korang lapar nak gila sebab otak memang berfungsi kaw-kaw. So, bila puasa, bila study, tak boleh makan, dan kurus. Haha. Tapi niat kena betul. Puasa kerana Allah bukan sebab nak kurus.


Rasanya ni je kot tips simple diet yang boleh aku share. Senang je kan. Sesungguhnya aku bukan manusia diet tapi azam itu ada tatkala kena berjalan jauh, naik turun tangga. Penat dohh kalau badan macam tong gas. Tak ke best kalau badan ringan macam belon. Tak cepat mengah kan.

siti gemok. saya kurus. lalalala


Thats all from me.

Salam.

xoxo,
samofa

Wednesday, June 4, 2014

#WordlessWednesday : #3 Cara Ryoki Selesaikan Masalah Cinta

This is Ryoki. The absolutely Ryoki. LOL

notakaki : i dont like specky. Peace!

xoxo,
samofa