Pages

klik klik klik

Wednesday, February 26, 2014

メッシー言葉

愛する私の愛 

すべてのあなたの夢が叶うたい 

私はあなたを愛し、私はあなたにそんなに欠場 

グッドナイト 
と甘い夢


He makes my day

Dear sayangss,

شكرا
Xièxiè
salamat
merci
gracias
danke
Naṉṟi
Arigatō
gamsahabnida
K̄hx k̄hxbkhuṇ khuṇ
Thank you 
Terima kasih 

You makes my day :)

xoxo,
samofa

Monday, February 24, 2014

Mengira hari yang dah boleh pakai jari

Mood dah stabil.

Rasanya.

Bolehlah untuk hari ni.

Tapi hati masih lagi berat.

Nak balik ke tempat menambah ilmu.

Menambah stress.

Menambah tekanan darah.

Harap tak menambah berat badan.


Hanya tinggal beberapa hari.

Sungguh.

Tak tipu.

Tak pernah berat hati macam ni sekali.

Macam kena balik penjara.


Harap semuanya baik baik sahaja.


xoxo,
samofa

Tuesday, February 11, 2014

Kebetulan yang menakjubkan

Salam u'olls

Pernah tak korang rasa satu kebetulan yang menakjubkan. Eh faham tak ayat aku ni. Lama dah tak belajar bahasa melayu ni.

Contoh kebetulan

"Aku tak pernah nampak dia pakai baju kemeja depan-depan. Mesti hensem kan. Teringin nak tengok."

Dan hari tu jugak kau nampak dia pakai baju kemeja siap jalan berselisih lagi dengan kau. 

Eh betul ke tak aku punya contoh ni ek. Kira betul jela ye.

Perasaan kebetulan ni amazing kan. Kadang-kadang macam susah nak percaya ianya adalah kebetulan semata. Rasa macam tipu je. Aku pernah alami kebetulan yang sangat-sangat menakjubkan.

Ceritanya begini. Aku kat kampung. Tak ingat lah sebab apa. Lepastu aku, adik beradik aku, mak aku, nenek aku dan pakcik kat dapur. Melantak lah apa lagi. Tengah sibuk-sibuk makan tu tiba-tiba je lampu dapur macam tak berapa nak terang. Kadang-kadang kelip-kelip. Nenek aku macam dah risau-risau lah. Tak bayar elektrik ke. Haha.

Lepastu dengar bunyi siren kuat semacam lah. Nenek aku cuak sikit lah.

"Bunyi apa tuh?"

Lepastu pakcik aku selamba je jawab "Bunyi bomba"

"Apesal?" nenek aku bertambah cuak.

"Rumah depan terbakar" dengan muka selamba lagi.

"Habistu?" bertubi nenek aku tanya.

Kitorang semua gelak sakan lah lepastu kan sebab nenek aku boleh percaya dengan pakcik aku yang nak main-main je keje nye.

Lepastu pakcik aku blah dari dapur, aku pulak dah habis makan. Bila aku nak menyentuh desert je, pakcik aku tiba-tiba muncul balik dengan tergesa-gesa sambil berkata

"rumah depan terbakar"

Kitorang memang tak percaya lah. Lepastu dia suruh pergi luar tengok sendiri. Aku berbelah bagi lah kan. Tapi pergi jugak since pakcik aku pun keluar rumah balik. Lepastu aku tengok ramai orang dari arah rumah belakang-belakang pergi ke arah depan. Then, aku nampak lah rumah terbakar tuh. Dasyat. Jiran-jiran jauh belakang-belakang tu pun dah tau, yang kiorang selang beberapa rumah lambat tau. Sadis!

Rupa-rupanya lampu kelip-kelip tu sebab tiang wire TNB tu terbakar sekali. Bunyi siren tu memang bunyi bomba. Dan tak sangka usikan pakcik aku tu actually the real thing.

Terkejut sangat.

Dalah tak pernah nampak rumah terbakar depan mata.

Nasib baik tak ada yang cedera sebab orangnya kat bandar.



Itu cerita aku :)

Kbye!

xoxo,
samofa


Tuesday, February 4, 2014

Cemburu

Orang selalu cakap
Perempuan kuat cemburu
Tapi
Kenapa aku rasa aku tak
Aku bukan perempuan ke? (lol)

Yelah
Ada jugak cemburu
Tapi 
Sikit je
Sangat-sangat sikit
Terpaling sikit
Teramat jauh nak kemuncak cemburu buta

Mungkin sebab tu
Aku dikelilingi orang-orang yang cemburu
Dah biasa

Tapi 
Tiba-tiba
Dengan tak semena-mena
Sekarang ni
Aku rasa cemburu
Kau buat aku cemburu
Kau
Aku benci kau

Tapi (again)
I bet 
Malam nanti
Aku dah lupa cemburu ni

Sekejapnye

Hmm

notakaki : cemburu. cemburu. cemburu. Sebut banyak kali macam pelik pulak bunyinyee -____- 

xoxo,
samofa