Pages

klik klik klik

Thursday, April 24, 2014

Diam













Beraduku di lewat tiga pagi
Tercelik mataku bagai ada yang memerhati
Separuh sedar aku cuba kecam
Si dia letak jari di bibirnya 

"Diam"

Refleksi pantas ku tuju penghujung
Jalan mati
Akal mati

Telapak tangan aku satukan
Rayu si dia bawalah diri
Mungkin suaraku menggusar
Dikatanya ke aku

"Diam"

Mungkin buntu aku tak pasti
Mengganggu ulitan mimpi temanku
Sama seperti aku
Terjaga kebingungan ketakutan
Bilangnya

"Diam"

Sekali lagi aku dituju
Rintihku langkahnya terhenti
Minta tercetus dibibir
Ugut kasar dilempar
Berlalu pergi membawa misteri
Meninggalkan aku sang trauma
Berbekal kesyukuran 

Kerana aku tahu aku lemah
Aku diam

xoxo,
samofa