Pages

klik klik klik

Tuesday, July 30, 2013

Giveaway Ramadhan & Hari Raya Datang Lagi. Syukur!

klik banner untuk join

Ramadhan Give Away


NAK JOIN?KLIK SINI
GIVE AWAY
Kain Pasang- Batik Canting berharga rm130

 Saguhati untuk 5 orang
Top referral akan menerima surprise present!

??

TEMPOH
Dari 25/7/2013 sampai 31/7/2013. Winner will be announced on 1/8/2013

PEMILIHAN PEMENANG
Secara cabutan bertuah.

Monday, July 29, 2013

Is that the reason facebook was created?

Salam all my blogger's ohsem friends..

I would like to give my own view on what we can see on facebook nowaday..eh, dah kenape nak speeking2 bagai ni..haha..benda-benda yang aku nak share ni maybe korang pun pernah perasan..tak tahu ape penyakit di facebook ni..

Is this the reason facebook was created??

1. To get thousands or millions or billions or +++ friends??

Dalam bahasa mudahnya dapat kawan reramai..nampak orang cantik sikit, kau nak add..nampak orang hensem gilos, kau nak add..kawan kau punya kawan punya kawan pun kau add..tu baru kes add..kes approve pulak..kau kenal, kau approve..thats fine..eh mat saleh kat london sana pun kau approve..minah berbikini bottom pun kau approve aje..semua ribu-ribu friendlist tu "kawan" kau ke?In fact, kau tak pernah pun nak hello dengan dia..sekadar di friendlist..apa guna ek?? (lainlah kalau blog, tak kenal pun still follow sebab bace entri-entri ohsem)


2. To get many likers, many commentors

Ohh.. i see..pasal tu lah hang perlukan kawan ribu-ribu tu..hang nak dapat banyak like..banyak orang komen..and then berlagak hot and diva..honestly, i respect who can get many likers and commentors even kawan dia tak ramai mana pun..tu bermaksud apa yang dia post tu betul-betul amazing..



3. Post "childish" or "rubbish" things

Pernah tengok tak post-post macam ni :

Short story 
 "B cyunx cgt uchux itew niewh. Tamoh lorh marjux2. T xcumil."
comment : tak boleh ke tulis tu biar betul..nak shortform bia cun..ni nak baca pun susah..aku report jugak dekat cikgu BM kau..

Every minute story
"Baru bangun tidur" 
"Baru lepas mandi"
"Nga siap-siap, kejap lagi nak hangout"
comment : do i care apa yang kau nak buat setiap saat kau tu..sila lah lakukan di twitter..orang pun tak sakit hati..

Friday story 
"Kaum adam segak berbaju melayu nak pergi masjid"
comment : every friday aku jumpa post macam ni..

Mintak puji
"Saya tahu saya tak cantik"
comment : "awak cantiklah"..tu yang kau nak sebenarnya kan..please lah..semua makhluk ciptaan Allah ni indah-indah belaka..

Mencarut story
"kau ni #@$#%^...#%@#%!!!!"
comment : kalau geram sangat pi amek wuduk..tak payah nak tunjuk sangat setan kat tepi kau tu..

Pak lebai riak story
"selesai 20 rakaat terawih tadi"
"derma 20 sen di tabung masjid"
comment : buat kebaikan tak perlu menunjuk..jangan nampak sangat macam korang first time buat baik..memang mungkin niat untuk berkongsi..tapi sebaiknya tak perlu lah..takut dijangkiti wabak riak..

Nak post tu boleh..memang tak semestinya baik-baik je..but at least berpada-padalah ye..kalau rasa tak tahan..nak jugak post seperti yang tertera di atas, sebaiknya before tekan button post tu..korang change post privacy setting to "only me"..semua pihak akan berpuas hati..easy rite?

jangan lupa klik "only me"..then you're free to post..*ada pulak kepala matlutfi kat situ


4. To upload "fake" face

Banyak kan..upload macam-macam jenis muka ada..tapi sekarang dah kurang lah..sebab diorang dah pindah kat insta..bagus jugak..alhamdulillah..takdelah aku terkejut tengok muka orang yang pelik-pelik..lagi-lagi pagi-pagi buta..buat seram je..dalah besar..(dulu kalau perasan,kecik je)..


p/s : tak ditujukan kepada sesiape..tolong jangan perasan..tapi kalau dah perasan, please be matured..ok? :)

xoxo,
samofa

Mini Giveaway by Nurrul Ellani

klik banner untuk join

Encik Mimpi - Ayuh Tinggalkan Dia (Kord)

Kenal Encik Mimpi tak?Dia ada buat lagu baru tau..dah dengar?
Tajuknya "Ayuh Tinggalkan Dia"..

Boleh tahan sedap jugak lah..memang nice..kalau dihayati memang sampai kat hati ni..lebih-lebih lagi kalau kena dengan diri sendiri..ye tak?

Walaupun lagu ni macam nak mencantas awex orang tapi seni tu tak salah..
Yelah mane tau, pasangan dia tu bukan baik sangat pun..hehe..
Macam sokong pulak aku ni..

Oklah sini aku attach video lagu ni..


Lirik dan kord lagu Ayuh Tinggalkan Dia by Encik Mimpi

Em Am
Dah berkali-kali ku terfikir dan tertanya
D G
Entah bagaimana kau sanggup bersamanya

C Am
Aku lihat dia taklah sekacak mana

B
Ai geram hati ku rasa


Em Am
Di sini ku sedia menggantikan tempatnya

D G
Kan ku buktikan ku lebih hebat darinya

C Am
Ayuh sayang jangan tangguh-tangguhkan masa

B
Janganlah tunggu lama-lama

Am
Oh sayang sayang sayang sayang

D
Sejuta kali sayang

G C
Tiada yang ku sayang selain kamu sayang

Am B Em E
Sayang ku pada kamu takkan menghilang

Am
Oh rindu rindu rindu rindu 

D
Sejuta kali rindu

G C
Hanya diri kamu yang selalu aku rindu

Am B Em E
Setiap masa pun kamu dalam kalbuku

Am
Sayang, ku kan setia

D G
Akan ku pastikan kamu bahagia

C Am
Takkan ku biarkan kamu menderita

B Em E
Tanpa rasa cinta

Am
Sayang ku kan mencinta

D G
Lebih dari apa kau dapat darinya

C Am
Ku janji kaukan pasti rasa sempurna

B Em
Tinggalkan lah dia

B
Ayuh~

Em
Tinggalkan lah dia 

Em Am
Akan ku binakan mu istana bahagia

D G
Ku lantik diriku menjadi panglima cinta

C Am
Yang akan melindungi kamu setiap masa

B
Kerna kamu sang puterinya




Aku nak kord lagu ni tapi takde siapa yang kasi tawu lagi..sobs sobs..
Updated! Dah dapat pun kord lagu ni dari EM sendiri..hee
Macam function je kan lagu ni kalau main time sorang-sorang..
Jiwang sorang-sorang lah jawapnye..haha..

p/s : nak buat review pasal Encik Mimpi ni tapi nanti-nantilah..

xoxo,
samofa

Pre Raya GiveAway By Adam Faiz

klik banner untuk join


Sunday, July 28, 2013

Kisah Lucu Si Ailurophobia (phobia kucing)

Salam semua..hari ni aku tertarik nak share pasal Ailurophobia..


Ailurophobia yang terbelit lidah nak menyebut ni adalah sejenis fobia yang berunsur daripada ketakutan kepada kucing..

Biasanya fobia ni datang bila sang kucing melakukan sesuatu yang di luar jangkaan si penerima..faham tak?contohnya macam kena cakar ke..kena gigit ke..kena tengking ke..eh ada ke kena tengking dengan kucing??

camni kot kene tengking dengan kucing

Fobia ni tak membahayakan pun..cuma kucing itu sendiri lebih tertarik kepada si fobia ni..kelakar kan..nak tahu sebab apa..sebab ada jenis kucing yang tak berapa nak manja ni bila dipanggil-panggil, dia akan terasa terancam..si fobia pulak bila nampak kucing, dia akan kaku dan berdiam diri..ketakutan sebenarnya tu..dan si kucing merasakan si fobia bukan satu ancaman padanya lalu si kucing pun pergi la kat si fobia..so sweet..


Lepas tu ada lah yang menjerit bagai kan..haha..

Cara paling effektif nak buang fobia ni adalah dengan mengatasi ketakutan itu sendiri..watlek watkool jela kn..tanam dalam diri "rilexlah,kucing tak makan orang pun"

trying to overcome fear of cat..hee

Ok..move to story..ada tak kawan-kawan korang yang takut kucing?Mesti lawak giler kan..
Aku dah jumpa ramai orang yang takut kucing ni..tapi yang paling aku tak boleh lupa adalah dua insan ni..

KISAH SOLEHAH
Yang pertama adalah Solehah namanya..classmate merangkap bestfriend aku masa sekolah rendah..dia jugaklah orang pertama yang aku jumpa yang takut gila dengan kucing..sebabnya dia pernah kena cakar masa kecik-kecik..bila kucing masuk dalam kelas, mula lah dia menjerit bagai tarzan..seriusly dengan kekuatan vokal dia yang sangat lantang, memanglah kuat giler..haha..siap naik atas kerusi lagi..sekolah rendah kan..apa ada hal..yang lawaknya, kucing tu buat biasa je..muka tak bersalah pun.haha


KISAH SI BRADER
Yang kedua adalah seorang lelaki budak uni aku..lawak kan laki takut kucing..muka macho, rilex, cool je..brader-brader la katakan..tapi bila nampak kucing..muka jadi lain habis..haha..mula-mula aku tak pernah nampak la kejatuhan kejantanan dia tu..just dengar-dengar cerita orang je..tapi dah ditakdirkan tuhan untuk aku tengok sendiri..dekat kedai akak (port kucing), si kucing lalu-lalu area brader tu..nampak gila muka dia lain habis..tak senang duduklah..tapi still cover macho lagi..

Peristiwa di kafe
Pastu tuhan nak tunjukkan kat aku betapa takutnya dia dengan kucing..ada satu hari tu, aku makan berdua dengan mas kat kafe..tengah-tengah makan tu datanglah brader tu dengan kawan dia..kitorang makan menghadap diorang..sebab nak tengok tv..tapi lain-lain meja tau..brader tu pun makan membelakangkan kitorang..

Time nga makan tu..datanglah si kucing..aku dok panggil-pangil (cat lover katekan) tapi dia buat bodoh je..pastu dia pergi kat brader tu..apalagi..gerun lah dia..dicampak ayam dalam pinggan tu jauh-jauh kasi si kucing tu makan and jauh-jauh dari dia..tapi bila si kucing dah habis makan dia datanglah balik kat brader tu..siap panjat lagi atas peha..haha..lekas-lekas brader tu kasi ayam lagi..and berulang lagi sampailah aku rasa dah tak ada ayam lagi dalam pinggan dia..semua dia dok baling jauh giler..tapi sayang..kucing ni bijak..mestilah datang balik kan..siap ada geng pulak tu..lawak je..penat siot aku tahan gelak..

Drama kucing di cct
Cerita brader ni tak sampai sini je..brader ni and classmatenye ade perform satu persembahan lakonan untuk subject cct..and ada part si brader ni couple dengan si princess..si princess ni plak asek dengan kucengnya aje..si brader tu tengokkan aje si kuceng tu..(tak fokus rasanya berlakon)..haha..then,bila ada part cam kalut2, si princess pass kucing dia tu kat brader ni..memang lawak giler..tahan je dia..nak tengok??tak payahlah..video tak berapa clear sangat sebab faktor cahaya dan jarak..chewwah..haha..goyang-goyang sikit pulak tu sebab tahan gelak yang susah nak tahan..hee..

So sorry brader kalau terperasan..dont worry..identiti dirahsiakan..haha..jangan marah-marah..adik aku cakap kau comel..kihkih..

VIDEO-VIDEO SI PENAKUT KUCING
Ok..kat sini aku attach sekali video seperti tajuk diatas..sumber semuanya dari youtube..


parah sangat ni..haha


kawan-kawan pedengki..haha..jangan sampai terjun tingkap dah..


guna PEN nak alihkan kucing??haha

Jangan nak suka sangat ok..cuba kalau korang ada kat tempat diorang..cheh,nak jadi memahami pulak..tapi nak buat macam mana..dah kelakar..kihkih..

p/s: siapa takut kucing??

xoxo,
samofa

Thursday, July 25, 2013

Bunkface - Escape Dance Lyric

Creepy calling of a long short
Baby if you feel me
You gotta set me free
Yuppies getting on my nerve
Oh baby come and get me
You gotta set me free
Because I want you 
Because I need you 
Because I can't stop even if I want too 
No regrets No regrets Oh oh oh
Chorus
I don't wanna be a hero
I'll be a zero
If that's no good to me
Hey
We are the preview
Rock and roll the issue
Cause even I want to be like you
I don't have the guts
I'll never get through
Oh no
This is what I want
My escape dance
Everybody wants to be like everybody out there 
Put on a face and stare
Let me hear you say bunkers
Baby now you're with me
It's just you and me
Because I want you
Because I need you
Because I can't stop even if I want too
No regrets
No regrets
Oh oh oh
Ulang Chorus
I don't wanna be a hero
Im just gonna be a zero
I don't wanna be a hero (hero)
I'm just gonna be a zero (zero)
No regrets no regrets
Ulang Chorus
I don't wanna be hero
I'll be a zero
If that's no good to me
Hey ho let's go
Rock and roll the issue
Cause even if I want to be like you
I don't have the guts
I'll never get through
Oh no
This is what I want
My escape dance
p/s : a song from phobia phoney album..suddenly hear this song and feels great..thanks bf

Campak saja aku dimana-mana saja pun aku masih bisa

Salam..mungkin ada yang paham dengan tajuk entri ni and maybe ada gak yang tak paham..ape benda campak-campak bagai ni kan..haha..

Actually nak kongsi lah sikit cerita aku..tapi tak tahu nak start dari mana..ok lah..lets begin like this..korang pernah tak duduk berjauhan dengan family?Haa..

First time aku berpisah dengan family masa aku darjah 6..memang aku ingat lagi..pergi kem upsr gitu je pun..3 hari 2 malam pulak tu..tapi oleh sebab first time, so aku demam teruk lah dekat kat smk bandar putra..kulai je pun..tak jauh mana dengan skudai..aku muntah-muntah sampai terbaring dekat katil je..(baik tak payah pergi kalau macamtu kan)..haha..



Tapi bila aku balik rumah je, terus sihat..macam magic..seriusly..dalam sekelip mata je..tu lah penangan homesick..haha



Lepastu aku sekolah menengah stay kat asrama..kali ni aku chillax je..padahal satu orang manusia pun aku tak kenal kat stk tu..maklumlah jb dengan kluang kan..jauh jugaklah..sejam setengah kalau naik bas..mostly budak-budak sek rendah semua pergi masuk smk bandar tenggara 2..aku pun dapat offer situ tapi my dad suruh masuk asrama kat kluang sebab kat kluang ada orang boleh tengok-tengokkan aku..mohon stk and smktho..pastu smktho accept..but a few day later, stk pun accept..so better stk la kan..

Aku memang jiwa kebal kat sana..nangis pun malam-malam je..haha..tu pun awal-awal je..buat kawan baru..terus have fun kat sana sampailah habis spm..

Pastu masuk universiti pulak..dapat uitm..ada jugaklah budak sekolah aku yang dapat situ jugak..cha, lisa, aziah..tapi depa semua course bisnes dengan banking..aku ni akaun..kena cari kawan lagi..tapi jumpa jugaklah..and rocking sampailah graduate..

This time sambung degree pulak..aku ada 4 orang kawan baik..tapi nasib memey tak menyebelah kat aku..sekoq pun takde yang sama dengan aku..(nasib baik kampus tetap sama)..mula-mula memang hampe lah..but a few minute later, aku chill jela.."Allah tak kan bagi dugaan pada hambanya jika hambanya itu tak mampu menanggungnya"..so, aku (dengan bersemangat) yakin aku boleh! campak lah aku pi mana-mana pun, aku masih boleh..yeppi!

Walaupun kampus shah alam tu besar gila (entah berapa kali ganda dari larkin) tapi ok ape..senang sikit nak cari calon suami..banyak choice..haha..menggatal pulak..

Oklah, panjang sangat aku mengarut ni..so, for mirsa, jangan lupa aku tau..kat sana jangan asek tidur je..kalau tak jumpa calon suami dekat segamat, nanti kita sama-sama cari dekat puncak alam pulak (kalau aku pun tak jumpa jugaklah)..haha..tu pun kalau jadi pindah..kalau tak bye2 lah kita ye..-__-

xoxo,
samofa

Friday, July 19, 2013

Keputusan penerapan semester akhir diploma UiTM ke program sarjana muda

Salam jumaat kawan-kawan..

Macam panjang je kan tajuk entri kali ni..

Oklah hari ni bertarikh 19 Julai 2013, result bagi penerapan sem akhir dip uitm/kolej bersekutu uitm ke degree pun keluar pada pukul 12.30 tengahari..


Aku macam biasa lah..even curious sangat nak tahu apa resultnya, tapi aku lagi suka lambat-lambat..kasi hati ni redha dulu kalau dapat kat segamat ke..sebab kalau ikut pada senior, mostly antara segamat dengan melaka..nak dapat shah alam macam susah je kan..so, aku harap sangat dapat melaka..sebab dekat bandar..aku memang kureng kalau dalam kawasan hutan ni..tapi sebab nak redha kan diri aku cakaplah "takpe lah kalau dapat segamat pun, melaka tak ade padang"..papepun yang penting dengan kawan aku..

Tapi suddenly dapat mesej dari wiah..
"Dh check?"
Aku reply 
"Belum, ko dah ke?"
Dia reply balik..cepat je..tak sempat aku nak berdebar-debar ke..
"Dh..huhu..akaun,sgmt..tp kt sgmt 2 smntre..yg tetp kt punck alam..tp aku pn x fhm cm mne..huhu..aku, ijat ngn mas sme.."

Pastu aku dapat mesej dari ijat pulak..
"Ba! Dpt mana bas? Ktorg sume penghuni dlam utan.."

Hepi betol diorang ni..semua dapat tempat yang sama..aku pun expect benda yang sama la..pastu aku pun merajinkan diri bukak lappy..(malas nak pakai fon)..berdebar-debar sikit lah..dalam hati harap sangat dapat segamat..sama dengan diorang..

pastu aku key-in lah i/c aku..cepat je dia keluar result..tak macam upu..tapi seriusly UNEXPECTED..


dapat deegree akaun tu dah ok sangat lah..memang first choice..memang kalau aku tak dapat akaun, aku mohon second intake..yang penting akaun..

tapi yang menjadi masalahnya di sini, aku dapat kampu shah alam..bila aku tengok je aku tak tahu nak sedih ke nak happy..first time ada feeling macam ni..

aku mesej wiah..
"Beb...... :("
pastu wiah terus call aku..dia pun dah expect aku dapat sa..tapi oleh sebab aku tak expect..so aku jadi haru..menangis dok..tak dapat sama dengan diorang..tapi wiah cakap nenek dapat melaka course finance..
pastu wiah cakap yang dia dapat segamat tu kampus transit..yang tetap dekat puncak alam..so, aku pun tengok lah surat tawaran..



fuhh..aku pun sama..sa tu kampus transit je..kampus tetap kat puncak alam..huuu..cepat-cepat lah kene pergi puncak alam tuh..tak sabar nak jumpa diorang balik..(bajet macam aku dah masuk sa je sekarang ni)..

tetiba aku teringat mesej ijat yang aku belum reply lagi..terus aku reply..
"tanak jawab.."
then, dia reply..(cepat je, biasa beberapa jam lepas tu,haha..)
"Asal?S.alam ea? Untung la dkt dgn uma mak mrtue.. Jeles nya."

serabai je dia ni..saje la tuh..nak sedapkan hati aku..sobs sobs sobs..

papepun still bersyukur..sebab tak semua rasa apa yang kita rasa ni..yang tak dapat tu mungkin ada problem sikit..boleh cek balik lepas 2 3 hari..problem itu ada di mana-mana kan..kalau tak dapat jugak, buatlah rayuan ye..moge ada rezeki..

tiba-tiba teringat pulak masa dekat rumah sewa dulu, time nga study final exam..borak-borak dengan diorang..aku punyalah cakap "aku harap aku tak dapat segamat"..aku dengan mas hope dapat melaka..sebab actually kitorang nak shah alam tapi mcm tak je kan..pastu wiah tanya aku "kalau kitorang semua dapat segamat, kau sorang je dapat shah alam, kau sanggup tukar kampus?"..aku cakaplah aku sanggup..

tak sangka kan benda macam ni betul-betul jadi..tapi situasi sekarang lain..oleh sebab shah alam kampus transit je and kitorang dapat kampus tetap dekat puncak alam,so tunggu jelah detik bertemu kembali itu tiba..chewah ayat tak boleh blah..haha

p/s : no matrix kali ni senang nak hafal..2013669904..

xoxo,
samofa

Sunday, July 14, 2013

20 fakta tentang Lelaki Yang Perempuan Kena Tahu !

20 fakta tentang Lelaki Yang Perempuan Kena Tahu !

1- Lelaki tidak mencari perempuan yang cun. Tapi mereka lebih suka perempuan yang kemas dan rapi.

2-Lelaki benci tengok lelaki lain mengurat.

3-Lelaki boleh suka seseorang awek dan kemudian lupa kat awek tu dalam masa 1 minit.

4-Bila lelaki kata dia tak faham, maksudnya anda tidak berfikiran seperti dia.

5-Apa kau sedang buat? "Atau" Kau sudah makan? "Adalah soalan pertama yang biasa seorang lelaki tanya dalam telefon untuk menghilangkan gagap.

6- Lelaki boleh mengurat sepanjang hari tetapi sebelum mereka pergi tidur, mereka sentiasa akan memikirkan tentang gadis yang mereka benar-benar sayangi.

7-Apabila seorang lelaki benar- benar suka kat anda, dia akan mengabaikan semua ciri-ciri yang buruk anda.

8-Lelaki suka gila dengan senyuman seorang gadis.

9-Lelaki akan berbuat apa saja hanya untuk mendapatkan perhatian gadis.

10-Lelaki benci bila anda bercakap tentang ex-bf anda.

11-Apabila lelaki mahu bertemu dengan ibu bapa anda. Biarkan mereka. ...Tak akan berani punya

12-Banyak yang lelaki ingin bagitahu anda tapi tak dapat.

13-Lelaki menangis!!

14-Jangan cuba mencetuskan nafsu lelaki. Percayalah.

15-Lelaki jarang berangan dan berharap terlalu banyak.

16-Lelaki biasanya berusaha keras untuk mendapatkan gadis yang telah reject mereka, sukar bagi mereka untuk menerima kekalahan mereka.

17-Apabila anda menyentuh hati seorang lelaki, tiada patah balik lagi.

18-Memberikan seorang lelaki ayat gantung,akan menjadikan mereka membuat kesimpulan yang jauh dari apa yang anda fikir.

19-Lelaki suka bila perempuan menyentuh tangan mereka.

20-Lelaki biasanya tergagap-gagap apabila mereka bercakap dengan seorang gadis yang mereka sangat suka.

#Di copycat dari page Vanilla Coklat..sekadar untuk berkongsi :)


xoxo,
samofa

Menunggu



Simbol itu
Tanda mesej ku sudah dihantar
Dan selamat diterima
Tapi ku tak pasti
Apakah kau sudah membacanya

Aku menunggu
Balasan yang ku nanti
Masih tak kunjung tiba
Termenung aku
Berteman andaian yang berlegar

Terdetik di hati
Untuk menghantar lagi
Tapi malu menyapa diri
Takkan mungkin aku mampu
Walau hati meronta merayu

Fahamilah hati
Andai kau tak suka begini
Berterus teranglah
Aku rela menerima
Daripada harus menunggu
Dan kemudian kecewa

xoxo,
Samofa

To my ohsem followers

Salam ramadhan blogger-blogger sekalian..entry ni special aku buat untuk korang..korang mungkin rasa aku macam kasar sebab bahasakan aku kau..tapi actually aku ni takdelah kasar..aku just nak nampak lebih close dengan korang..bagi aku lebih friendly la..lagipun aku tak reti nak bahasakan diri dengan nama..hehe..so siapa-siapa yang tak selesa,aku nak mintak maaf lah ye..

Aku ni boleh dikira baru jugak lah dalam dunia blogging ni..post entri pun jarang2..yang sudi menyinggah tu,thanks yo!haha..btw,aku rasa blogger2 ni sangat ohsem..kita tak kenal pun each other..but we make it!kita macam jadi kawan..tak ke ohsem namanya tu..

Maybe entri aku banyak berkongsi pasal hal personal..siapa2 yang terasa hati ke,i'm sorry ok..kadang2 kita tulis lain tapi orang paham lain..

Yang invite join GA, yang rajin komen2, yang suka sembang kosong kat tepi tu..thanks again yo!really appreciate it!

Yang sebenarnya aku bosan n tak tahu nak tulis ape..tu yang mengarut ni..sorry kalau korang rasa aku poyo n ntah pape..haha..okbye

xoxo,
samofa

Monday, July 8, 2013

Giveaway "I Love Peplum" by Nurin Aireen

klik banner untuk skodeng



2013 Giveaway from Farra Izzaty

Salam..hari ni aku join memeriahkan GA ni..dijemput oleh tuan punya badan lagi..hehe

klik banner untuk skodeng


The Prize is :
SAFIRA Crumple Shawl (Tiga Orang)
SHAWL dari ButikPinkku (Tiga Orang)
Tudung Butik Echa (Dua Orang)
Shawl RoseAisya (Tiga Orang)
Personalized Hand Towel (Dua Orang) *boleh design mengikut kehendak hati*
FLOWER shape Basket (Dua Orang)
LED candle Light (Seorang)
Collagen Lip Mask 5 pcs (Seorang)
Kurung Peplum (Seorang)
Handbag (Seorang)
Dress
Felt Keychain + Kad raya (Dua Orang)
FM VietNam +  Kad raya (Seorang)
Apa lagi erk? Akan ditambah.

Best kan?hehe..syarat pun senang je..jom la ramai-ramai memeriahkan sebelum tarikh tutupnya 20 Julai 2013..

Sunday, July 7, 2013

Giveaway 10K Followers Mialiana.com


Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add  Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
❤ Kerinchi MyKeledek | Fanpage
❤ Alycia | Fanpage
❤ Aida Hanafiah
❤ Amir Rofie | Google+
❤ Chekgu Skolah | Fanpage
❤ Anastasyea | Google+
❤ Sha Dhira | Fanpage
❤ Rafina Mimi | Fanpage
❤ Paly | Fanpage
❤ Dayang Deno | Fanpage
❤ Cikgu Kaca Mata | Fanpage
❤ Ieta | Fanpage
❤ Deq'Nyss | Google+
❤ Keyme Keymo | Google+
❤ Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
❤ 1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

 jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...

Friday, July 5, 2013

Cinta?mencintai dan dicintai..

Bercinta memang mudah,
Untuk dicintai juga memang mudah,
Tapi untuk dicintai oleh orang yg kita cinta itulah yg sukar diperoleh..




Kata-kata diatas ni dipetik dari watak Mr.F dalam novel "MAID" karya suri ryana..walaupun kata-kata ni wujud dalam novel tapi logiknya wujud dalam realiti..setuju tak?hehe..

"Bercinta memang mudah"

Bila-bila je boleh jatuh cinta..mungkin dengan kawan, dengan musuh, dengan lecturer, dengan jiran sebelah rumah, dengan senior atau junior, dengan jurujual 7eleven dan dengan orang yg kita tak pernah kenal sekalipun..sebab aku percaya pada love at first sight..cinta itu ada dimana-mana kan..


oh ha ni love baek sung jo

"untuk dicintai juga memang mudah"

Sama juga halnya kat sini..bila-bila je boleh ada orang yg simpan perasaan pada kita..sama ada kita tahu atau kita tak tahu ataupun kita buat-buat tak tahu..yang penting benda macam ni memang berlaku..realitinya memang ada..kalau korang rasa tak ada siapa yg sayangkan korang,korang silap..at least ada seorang yang memandang korang dari jauh..tak percaya?percayalahh..


bong jun goo love oh ha ni

"tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cinta itulah yang sukar diperoleh"


Setuju kan?kita memang mungkin suka pada kawan kita tapi dia mungkin tidak..kita mungkin jatuh hati pada abang pizzahut tapi dia mungkin tak perasan kita pun..kita mungkin suka gila dengan fizo omar tapi dia mungkin tak kenal kita pun..aku pun alami juga hal sebegini..perempuan tu suka mamat tu,mamat tu suka aku,aku suka kawan mamat tu,kawan mamat tu suka bekas awex dia,bekas awex dia pula suka pakwe baru dia dan diorang suka sama suka..


love is miracle kan..pusing-pusing macam tu juga..susah nak jumpa orang yang kita cinta yang cintakan kita juga..means love each other la..but believe in takdir dan jodoh..percayalah..tak ke mana punya..pasti akan hadir hari yang bahagia tu..siapa tak seronok bila dapat tahu orang kita sayang selama ni pun sayangkan kita juga kan..hehe..

baek sung jo..oh ha ni..love each other..so sweet!!

Tapi ada satu masalah besar yg biasanya jadi penghalang..baca sini..

Nota kaki : waiting the day for "you" to love me too..

xoxo,
Samofa

Takut meluahkan perasaan?

Straight to the point..masalah ni memang biasa sangat berlaku..aku menulis ni untuk memberi kesedaran pada korang semua..bukak mata besaq-besaq naa..


SCENE YANG BERLAKU
Mamat jatuh hati pada Minah dan Minah juga jatuh hati pada Mamat..nampak mudah kan..tapi masing-masing tidak tahu perasaan sebenar orang yang mereka suka itu..macammana nak tahu?luahkan la kan tapi masing-masing tak berani..



Alasan Mamat
"Macam mana kalau Minah tu tak suka aku pastu dia reject aku..tak sanggup doh..mana nak letak muka..pastu mesti dia mengelak jumpa aku.."


oh minah..i love you..

Alasan Minah
"Takkan la aku nak mulakan..macam perigi cari timba pulak..segan lah aku..nanti dia ingat aku desperate sangat nak kat dia"


oh mamat..i love you..

This is the typical thinking of people..suka sangatlah pikir negative..yes,i admit..lelaki memang susah nak terima kalau kene reject dengan perempuan..diorang akan rasa diorang loser..tapi bila korang pendam perasaan lama-lama sampai ada orang yang membuka langkah dulu..orang tu hidup bersama dengan orang yang kamu cinta..korang tak rasa korang loser ke?

Lepastu pulak orang yg korang cinta tu actually cintakan korang tapi oleh sebab korang hanya berdiam je, so dia anggap korang tak ade perasaan kat dia n si dia terima je orang lain..korang tak rasa korang loser ke??!korang sebenarnya the dumb loser..hamek kau..

Tapi biasalah, ego is everything for man, kan..when he see her lovely girl live with other man, first he will frust n regret but after a while, his ego will say...

"naseb baik aku tak confess yg aku suka Minah..kalau tak mesti dia reject aku..see,rupanya dia suka Dolah"

Poor Mamat..very poor of Mamat..



Perempuan pun macam tu juga..terlalu malu untuk berterus terang..tapi tak salah sebenarnya untuk memulakan..macam kisah saidatina khadijah kan..sweet saje..apa yang penting adalah keyakinan dan pikir positif..

Macam kes Mamat dan Minah..tak rasa sayang ke kalau biarkan macam tu je..rugi gila kot..in fact they love each other..ingat senang nak jumpa??



Malu direject?relax lah Mamat..hang nak malu dengan siapa?perempuan tak pandang pelik-pelik punya..at least, even korang direject, thats girl tetap proud dgn korang sebab berani meluahkan perasaan..

Perigi cari timba?buang stigma ni Minah..kalau betul cinta, cinta itu sendiri akan menutup rasa malu..peringatan,this is about the love confession only ok..sifat malu tu mesti dijaga seeloknya oleh kaum hawa..

Think positive..tapi jangan terlalu over confident pulak..nanti terkena wabak kuat perasan..just think about love, happiness and so on..

I give tips here..before you confess to him or her..let yourself know bout him or her..korang maybe boleh risik-risik dgn best friend si dia..in case korang memang tak confident la..

Even kalau korang tau yang si dia sukakan orang lain,still tak salah untuk korang mencuba nasib..bila korang dah luahkan,korang akan rasa lega dan lapang..dia terima atau tak, itu belakang cerita..u have done your job..


Luahkan rasa cinta pada orang yang kamu cinta sementara dia masih ada..kelak kamu terpaksa meluahkan pada pusaranya setelah dia pergi..

Tak nak menyesal kan..so,fighting everybody!! Lets confess our feeling!




Nota kaki : motivate myself too
Nota kaki lagi : Rasanya tak perlu nak tanya pendapat like i'm love councelor

xoxo,
Samofa

Ciri-ciri lelaki idaman..aku

Salam..hari ni nak update pasal ciri-ciri lelaki idaman a.k.a. prince charming..guys, please take note okayh..ni untuk kepentingan anda..haha..bajet betul aku..

Ni list nya..bukan mengikut ranking ok..just apa yang terlintas..kalau ada lagi nanti aku update dari semasa ke semasa..

1) Ketinggian

Amboi..fez skali..nampak sangat la aku suka lelaki yang tinggi..haha..kalau tak tinggi pun, at least dia lagi tinggi dari awex dia la..so, yang agak tak berapa nak tinggi tu silalah cari yang sepadan ye..haha..tapi kalau dah jodoh, its fine.."murah rezeki"..

kau tengok tu betapa tingginya aiman ni


2) Warna kulit

Haa..yang ni sangat subjektif..kalau aku, aku suka yang cerah-cerah..tapi ada jugak yang suka hitam manis..nampak jantan la katanya..

lee dong wook yang cerah

atau adi putra yang hitam manis

3) Rambut

Aku suka tengok rambut orang..aku tak suka lelaki yang letak minyak rambut busuk banyak-banyak kat rambut..biasa-biasa sudahla..asalkan smart and stylo..

gd ni biasa-biasa je tapi hairstyle dia really admiring!

4) Handsome

Biasalah..apa-apa pun kena tengok luaran dulu kan..tapi handsome ni subjektif..yang tak hensem bagi cik siti mungkin hensem bagi cik minah..

asyraf muslim..no objection, he really handsome..

5) Inner beauty (baik hati)

Guys with inner beauty ni susah jugak nak jumpa..
fizo omar yang very kind..rajen dia layan fans dia..

6) Penyayang

Perempuan lebih suka lelaki yang boleh tunjukkan sifat penyayangnya..bagi yang tak reti tu its fine..sweet jugak..tapi cik minah tu kenalah alert..ye tak..

7) Romantik

Pandai ambil hati..caring..ada saje surprise..kasi bunga, kasi ceklat, kasi hadiah..syok kot..plus pandai main alat muzik dan bersuara merdu..



8) Tak kuat cemburu dan mengongkong

Anti gila kot aje dengan encik mamat yang macam ni..cemburu buta pastu nak buat itu tak boleh, ini tak boleh..nak cemburu tu boleh tapi perpada-pada lah..berilah kepercayaan buat cik minah..

9) Kelakar

Encik mamat kenalah ada sense of homour untuk usha cik minah..dan lawak anda itu haruslah bersifat semula jadi..bukan dibuat-buat ok..nanti orang meluat..

kamal adli ni kelakar orangnya..kening terbelah dia tu buat aku melting!!


10) Nakal

Aku suka jenis yang naughty-naughty ni..tak jahat tapi nakal..love it!!ahh..melting..

mizushima hiro dalam hanakimi memang nakal!

the adorable sam bunkface is really naughty

really like him..peduli hape aku nak letak 2 gambar sam..haha

boleh nampak sam sangat naughty

11) Cute


hairul azreen..alahai..cute!
12) Tough

Kegunaan : Bersifat melindungi

maskulin brader..fahrin ahmad!

13) Have something

Ni penting!!Kalau dah muka macam pecah tembok kena lah ada "something" yang boleh buatkan orang sukakan anda..

nazim othman really have "something" for me



Clearance done!

Salam u'olls yg ohsem..
A bit late updated..hari selasa lepas bertarikh 2 jun 2013, aku dan geng mirsa plus aida pergi uitm jb untuk buat clearance..

Mende alah clearance ni memang wajib dibuat bila kita dah grad..mintak sign sane sini kat borang clearance,hantar kad modul n buku ki..a bit tired sebab buat last minute tapi it just not waste time bila buat sekaligus kan..i take the easy one lah..haha..

Agak lambat sampai uitm sebab jalan jammed kat area skudai yang lastly tak tau ape punca..cam siot..sampai je uitm,swear sunyi gila!mane student lain weyh!

Bila batch kitorang ramai dah grad,uitm jb tinggal 3 batch je..maklumlah dah nak tutup kan..pastu kitorang pegi library dulu nak isi kad modul dgn buku ki..peh sunyi siak!!kitorang yg datang ni buat bising..dulu tak camni pun..

Kitorang pergi jumpa miss sue..talk2 pastu makan kat kafe..masa tu baru pukul 12 suku gitu tapi kafe lengang!pehh..kalau dulu time2 camni lah waktu kemuncak..nak amik nasi kene bratur,nak bayar pun kene bratur,seat pun penuh..tapi sekarang?kosong..kosong..

Pastu lepak kat surau jap..then, pegi mintak sign sane sini..bila dah siap semua rasa lega sangat2..fuhh..

tadaa..kad matrik dah berlubang..ingatkan dia nak patahkan dua..nasib baik tak..boleh buat kenangan..hehe..tak payah tengok sangat gambar part 1 ni..

barcode dah berlubang..ehek

proof of clearance done

Nota kaki : sepanjang aku study kat uitm ni,aku dah pernah pinjam 40 buah buku..banyakk tuu..mas pernah pinjam 2 buku je..haha..lawak!

xoxo,
Samofa