Pages

klik klik klik

Monday, September 30, 2013

Bila demam dan selsema mula menguasai

Salam..

Aku menulis entri ni dengan tisu tergumpal yang disumbat dilubang hidung sebelah kanan..argghhh..seriusly tension sangat dengan cecair yang berlumba-lumba untuk keluar dari hidung..tak payah nak buwekk2 sangat..cecair jernih ok..bukan yang warna hijau tu..



Ok..dah mengarut pulak aku ni..tapi memang stress lah..dalah penat, pastu nak menghadap penyakit ni pulak..tapi tak apa lah..dugaan..sabar jelah..penghapus dosa kecil lagipun kan..senyumkan jela :)

Kalau korang demam apa yang korang buat?Kata hubby makan ubat pastu tidor..tapiiiii...

Aku tak boleh nak telan ubat...........

Nak tertelan gula-gula tu macam senang je..selalu jugak tertelan biji asam yang merah-merah tu..haha..tapi bila part ubat...arrggghhh...letak lah kat hujung tekak sekalipun..ubat tersebut akan kembali ke hadapan lidah..dalah pahit!!panadol kanak-kanak warna pink pun aku main kunyah je..serius pahit..buat masa ni aku just pernah sekali telan ubat selsema dengan jayanya..ok fine, ubat selsema yang kecik gila tu..

panadol kanak-kanak aku aku kunyah dulu..apak cakap macam gula-gula tapi tak pooonn..

Kalau kat rumah..apak mesti hancurkan panadol dewasa tu sehalus yang mungkin..lepastu letak madu..so ada rasa pahit-pahit manis..awww so sweett..

sedapnye madu!!

Kadang-kadang jeles jugaklah dengan orang yang boleh campak ubat kat tekak dan ubat tu hilang sekelip mata..nasib baiklah aku ni jarang demam..demam nak datang pun aku lawan-lawan balik..macam sekarang ni lah..kalau tak lawan, 3 hari 3 malam lah terlantar di atas katil bertemankan baldi di sebelah katil..kenapa baldi?sebab senang nak muntah..aku kalau dah demam memang teruk..jangan cakap makan, minum air pun keluar balik..itu yang slim sikit bila demam..haha



Sekarang ni bukan kat rumah..so tak makan lah panadol hancur tu..nak buat sendiri, malas..lagipun kat sini mana nak cari madu yang seedaaapp tu..so atas nasihat hubby, rehat ajelah..

Minum 100 plus..

nak yang ori tu..

Haa..tu pun hubby yang suggest..dia cakap kalau dia demam, dia tak makan ubat..dia minum 100 plus je..tapi dia reti makan ubat..aku je yang tak reti..

Pagi tadi cari 100 plus kat kedai melati tapi 100 plus yang kaler-kaler je ada..so beli jela revive..sedara mara jugaklah kan..hehe..

hee..ni pun aku ambik yang perisa lemon punya..gedix

Thanks for caring..walaupun nampak macam poyo je tapi terharuu..

p/s : semoga korang sihat-sihat selalu

xoxo,
samofa

Saturday, September 28, 2013

Aku sayang kau



Telah lama
Aku menyimpan rasa
Semakin hari semakin mendalam
Aku cuba memadamkan
Tapi tak berdaya
Kerna kau tetap melekat
Di hatiku
Tanpa berganjak
Sedikit pun

Pelik aku
Ada apa pada kau
Ada apa pada cinta
Kenapa kau selalu terbayang di ingatan
Sungguh
Aku tak minta

Penat aku mencuba melupakan
Akhirnya aku mengalah
Biarlah hati ini dihanyut
Oleh cinta sebelah tangan

Kerna walaupun cinta tak berbalas
Tapi aku bahagia dengan perasaan ini
Ada satu semangat
Yang susah aku nak cakap bagaimana
Semangat yang buat aku
Selalu tersenyum

Meski begini
Aku tak pernah sekali pun
Menyimpan impian
Untuk memiliki
Kerana kalau aku simpan harapan
Aku tak akan bahagia
Aku akan terluka
Kerana aku tahu apa pengakhirannya

Sungguh
Kau lah yang satu


Aku sayang kau

xoxo,
samofa

Monday, September 23, 2013

Cerita di dalam bas

Salam..

Pagi tadi..like usually..tunggu bas before pergi kelas..after long time waiting, bersesaklah naik bas..seat kosong memang harapan jelah..so berdiri lah aku dengan sebelah tangan memegang seat sebelah dengan kuat..then bas bergerak..depan aku lelaki..makin lama makin ke belakang pulak dia..aku tak boleh nak ke belakang lagi sebab nanti tak ada tempat nak berpaut..haha..dalah beg ala-ala perempuan dia tu asyik nak langgar-langgar aku..sabar jelah..sampai padang kawad, bas berhenti kejap..ada yang nak naik and ada yang nak turun..

gambar hiasan

Lega sikitlah sebab ada jarak sikit dengan lelaki depan aku tadi..then, tetiba ada orang belakang yang macam tarik-tarik beg aku..bukan tarik kuat-kuat..lembut je..macam nak panggil lah..

Aku pun menoleh belakang..ada sorang budak lelaki ni tunjuk seat kosong kat aku..suruh aku duduk kat seat tu lah..

"bapak ah..gentleman gilee"

Aku yang agak blur-blur tu pun duduk jelah dekat seat tu..dia pulak terus jalan ke depan dan berdiri di tempat aku berdiri tadi..dalam hati aku ni seriusly terharu sangat..walaupun sekejap aku dapat seat tu, tapi perasaan tu...susah lah nak cakap macam mana..macam tak sangka, ada lagi orang-orang yang gentleman macam ni..with strangers..

Tapi sayangnya aku tak nampak pun muka dia..but surely i'll remember...

Jejaka berkemeja purple with beg belakang biru kotak-kotak..hope we will meet again..



p/s : inilah sikap orang melayu yang patut dicontohi..peace!! :)

xoxo,
samofa


Sunday, September 22, 2013

Benci gilee copy cat!

Salam..mood tengah geram yang tidak dapat dibendung menyebabkan aku meluahkan di sini..korang suka tak kalau ada orang tu ikut-ikut gaya kita..kita suka tu, dia pun nak suka..kita suka ni, dia pun nak suka..atau dalam erti kata lain copy cat..



Seriusly menyirap sangat dengan orang macam ni..dah lah nak tiru-tiru apa yang kita minat, lepastu nak kecah-kecah satu dunia..seolah-olah dia lah pengasasnya..faham tak?memang susah nak faham sebab aku pakai ayat dalam..

Tak boleh ke jadi diri sendiri..suka pada apa yang kau suka je..tak payah lah nak sibuk-sibuk ikut orang..orang terjun bangunan kau pun nak ikut ke?tak kan..

Jadi diri sendiri tu biarlah ada identiti..kalau suka kat kita tu, diam-diam sudahlah..tak payah nak obvious sangat sampai apa yang kita suka pun kau pun nak suka jugak..ish tak paham lah orang macam ni..

Ada si polan ni..aku suka meow2 (contoh), dia pun nak suka meow2..lepastu ke sana, ke sini dok jaja dia suka meow2..kononnya dah lama suka meow2..TAPI..why sekarang kau nak tunjuk satu dunia kau suka meow2..why after aku cakap aku suka meow2..sebelum-sebelum ni tak ade lah pulak kau nak gebang..tak ke obvious sangat macam tu..

Dalah..cukup lah apa aku nak cakap ni..buat sakit hati je cakap pasal orang yang tak ade identiti sendiri ni..

Please readers..be yourself..proud to be yourself..

xoxo,
samofa

Saturday, September 21, 2013

Kekuatan pengaruh atau penat yang mempengaruhi?

Salam..maap agak berbelit tajuk entri..actually nak ceritalah..aku ada roomate..baik budaknya..at first dia tidur awal gilee..pukul 11 gitu dah tidur..aku pulak yang dah sememangnya burung hantu since cuti dulu tidur pukul 3..kadang-kadang terlebih-lebih..


But after a week and some days..

Hari-hari biasa aku akan tidur awal..pukul 12 dah tumbang..maklumlah no rest, tiada istilah tidur petang pulak tu..seriusly penat..dan roomateku pula tidur lebih lambat dari aku..

Ai..takkan dia terpengaruh dengan aku dan aku terpengaruh dengan dia pulak??haha..

Sebenarnya aku rasa pelik dan janggal bila tidur lebih awal dari orang lain..kih3..rasa macam teruja pulak..tak pernah kot..since kat rumah, kat hostel, kat kampung, kat kolej, kat rumah sewa..

Semoga hari-hari mendatang aku boleh kawal tahap kepenatan aku dan meneruskan perjuangan aku untuk tidur lambat..haha

p/s : semalam aku tidur pukul 10 lebih sebab sakit gilee perut..huuu :(

xoxo,
samofa

Aku dan ANC

Salam semua..kali ni aku nak berkongsi tentang aku dan anc..but those yang tak tahu, anc ni stand for anugerah naib canselor aka vice chancellor award..dan peringatan atau penekanan aku nak berikan, post ni bukan untuk berbangga, riak, takbur dan seangkatan dengannya tapi more to sharing..yang look bad for this post, you may leave now before you feel more burdened..

ANC ni korang boleh dapatkan di watsons, guardians atau mana-mana farmasi berdekatan dengan harga serendah 50 sen..what??!!ok mengarut..kalau lah anc semudah ni..*imagine

Bila korang masuk ipta/ipts/seangkatan, mesti ada exam..bila ada exam, ada lah pulak result..bila ada result pulak, adalah yang ok and xberapa nak ok..pastinya ok bila korang dapat DL (dean list) aka anugerah dekan..DL ni for those yang dapat pointer 3.5 and above..bila korang maintain DL every sem, barulah ANC ni jadi milik korang..amacam?senang?susah?

Aku dah pernah story before ni yang firstly aku tak terfikir pun nak dapatkan ANC..seriusly tak tipu..dulu aku sekolah pun aku bukannya orang pandai-pandai..tak pernah pun dapat perfect..upsr 4A..pmr 6A..spm 5A kot..see..biasa-biasa je kan..time kat sekolah dulu laagiilahh..aku tak tahu diorang pakai otak apa..mostly cina lah kan..memang aku tabik lah..diorang bukan target A je..mostly target 100%..

Aku still ingat lagi time aku form 2, ada 10 orang budak cina dalam kelas aku..(kelas kedua time ni)..lepas tu yang dapat no 1 sampai 10 tu memang diorang lah..tapi kalau tengok diorang punya cara study memang tak sama langsung lah dengan kebanyakan orang melayu kita..no wonder lah cina hebat kan..pastu time form 3, aku turun kelas..hepy gilee kot..haha..pelik kan..

Eh, macam dah tersimpang pulak dari tajuk sebenar..point kat situ aku nak cakap aku ni biasa-biasa je..part 1 DL..tak rasa apa-apa sangat..start part 2 aku rasa macam seronok pulak tengok parent aku heppy dengan result aku..so, aku bersemangat nak terus dapatkan DL..for their happiness :)

Semangat je lebih..tapi aku ni bukan orang kuat study..harap maklum..novel,komik,drama dan paling utama, my tido memang tak lekanglah..tak percaya?boleh tanya orang keliling aku..they know me better..

Dalam kelas pun aku bukan reti nak fokus..kejap-kejap terbang ke mana-mana..kalau dah mengantuk pulak, memang seksa lah..kalau dalam dk aku balun je tido tapi kalau dalam kelas macam nampak sangat..so tahankan jelah..tapi sengguk-sengguk macam pancing ikan tu biasa..haha..


So, macam ni punya perangai, macam mana aku boleh dapat ANC..musykil kan..

Kalau tanya aku, aku cakap ini semua rezeki dari Allah..tapi aku ada lah jugak berusaha..even last minute tapi better late than never kan..aku jugak tak pernah meniru time quiz, test and exam..copy paste assignmnet bukan bidang aku..kecuali terdesak and surely its will surprised others..haha..bila lecturer kasi keje, aku akan buat dengan daya usaha aku sendiri..so, kalau salah, aku tahu mana silap aku..dan kalau betul, aku akan rasa sukee sangat..hehe..

Tapi aku tak suka sangat bila orang banding-bandingkan aku..seriusly..hate it!

Di bandingkan dengan adik beradik..sedara mara..kawan-kawan..memang lah aku tak ni tak seberapa..mungkin bila compare ni buat rasa tercabar, tapi aku tak..aku akan rasa down sangat..rasa macam tak dihargai..

Tu perbandingan negative..perbandingan positive pun aku tak suka..buat apa-apa mesti sikit-sikit nak pandang aku budak pandai, budak dl..bla bla bla..aku tak suka orang tengok aku macam tu..aku suka orang pandang aku macam part 1..nampak aku biasa-biasa je..sesungguhnya budak-budak mirsa lah yang tak pernah nak tengok aku dari perspective lain..kalau aku salah, diorang tegur..bukan ikut salah aku kononnya jawapan aku paling betul..love them!

Lagi satu, aku tak suka orang puji aku..harap maklum..biarlah aku puji diri sendiri..haha..sesungguhnya pujian itu sebenarnya satu bebanan..trust me..

Haha..thats all..maap bagi yang tak suka..bye~

xoxo,
samofa

ENT300..suka duka bersama

Salam..fuyyo..ade special entri seyh pasal ent ni..banyak suka duka ni..haha..ent ni stand for entrepreneurship..code ENT300..mostly student uitm and sekutu dengannya ada ambil subject ni..

Subject ent ni study pasal how we gonna create biz..pastu mestilah ada grouping kan..Mirsa seperated sebab lecturer nak campur laki pompuan..so, aku satu group dengan mas, nenek and acap..ijat ngan wiah pulak satu group dengan taju and odeng..

Starting je kitorang kena pikir nak buat bisnes ape..lecturer cakap nak yang unic la..pikir punya pikir, last-last kitorang decide nak buat bisnes chocolate..partnership ni kitorang namakan "CHOCOLATE HOUZ"..simple..kitorang tak produce coklat, kitorang just resell je..pastu ada pelbagai produk..bukan tertumpu pada coklat bar tapi ada chocs drink, chocs cake and macam-macam lagi lah..semua base pada coklat..


On the presenting day, lecturer reject business kitorang ni..aku fight-fight..standard lah kan..tapi dia still dengan keputusan dia untuk mereject business kitorang..hampa memang hampa..tapi kitorang just pikir jelah nak buat bisnes apa..last-last dapat idea, buat bisnes uniform pulak..lecturer ada datang kat kitorang..tanya-tanya..dia pun ok dengan business uniform tapi dia macam support jugaklah kalau kitorang nak teruskan dengan bisnes coklat tu..just kenalah tukar-tukar sikit..tapi kitorang dah malas lah kan..baru starting dah kene, karang masa real presentation lagilaa..



So, "UNIFORM HOUZ" ditubuhkan..saje kekalkan nama houz tu sebagai kenangan..haha..acap as general manager cum operational manager..nenek as admin manager, mas as marketing manager..and aku jadi financial manager tanpa rela..huuu..pastu ada presentation, just acap jela yang present..ok lah..even logo yang acap buat tu sangat cantik..haha..


logo yang aku buat sendirik!!hee

Then, 2nd presentation pasal administrative plan..nenek yang kena present..belum pun start present dah kena..first, sebab acap tak datang..actually dia ada quiz maf since klas ganti ent ni clash ngan jadual acap..lecturer marah sebab tak inform awal-awal..bukan tanak inform tapi kitorang ingat acap sempat masuk..tu baru first..the second, kitorang tak print handout..satu-satunya group yang tak print handout..dia dah emo lah..dia cakap dia dah pesan minggu lepas..tapi kenapa aku tak tahu?dia cakap dengan siapa?then, dia salahkan kitorang sebab duduk belakang sekali sebab tu tak dengar..pastu, dia start lah melepaskan marah kat kitorang..siap ungkit pasal masa presentation chocolate houz tu yang ada fight-fight..seriusly aku terasa giler kot..dalah dia marah-marah tu sebelah aku..tapi muka dia pandang budak-budak kelass..langsung tak nak tengok aku..mas dengan nenek jauh sikit dari aku..so perasaan tu lain..dia mula cakap kononnya kitorang tak suka dia..tak tahulah dia maksudkan kitorang or just aku sorang..tapi seriusly aku suka dia..aku suka sangat dapat masuk kelas dia..sebab dia kelakar kan..so bila dia cakap yang kononnya kitorang tak suka dia tu memang aku tak boleh nak terima..dia cakap dia tahu sebab dia lahir bulan 9..instinct tu kuat..boleh rasa kalau orang tak suka dia..tapi absolutely salah..aku pun lahir bulan 9..and pada instinct aku, dia memang tak suka aku....bila dah habis dia marah-marah, nenek teruskan present..kalau aku mesti dah tak boleh..



Habis je kelas..keluar je dia dari kelass..aku tak tahan..terus nangis..aku ni bukannya orang yang senang nangis..kalau aku nangis tu memang sebab aku tak boleh nak tahan perasaan aku tu..yang terlalu berat..ada budak-budak ni yang nampak aku nangis..aku wonder sama ada diorang kesiankan kitorang ataupun...hmm entahlah..hati masing-masing..

Esoknya, kitorang pergi jumpa dia, mintak maaf semua..dia pun maafkan aje..tapi kenapa hati aku rasa dia macam nak tak nak je layan kitorang..hmm..entahlah....



Other week, present pasal marketing pulak..aku buat slide yang terbaik..pastikan tak ada yang tak betul..ya, aku trauma..serius..tak tipu..alhamdulillah, ok je and dia puji kitorang punya slide yang interactive tu..tengoklah siapa yang buat kan..haha..

Presentation lain-lain pun macam tu jugak..tapi rasa lain sangat..dulu aku mungkin suka sangat dengan lecturer ni...tapi sekarang, hilang dah perasaan tu..tapi tak adalah aku tak suka dia..aku jadi takut dengan dia..kelakar?gelaklah..dia lecturer yang periang dan kelakar, dan aku takut dengan dia..melebihi rasa takut pada puan hafizah..memang bunyi macam kelakar tapi itulah hakikat..sampai sekarang aku fobia nak jadi orang yang jaga slide..yes, this is bad effect..

Lecturer satu hal..group pun satu hal..mostly kerja-kerja ni, aku dengan mas je yang buat..ya, aku tahu semua pasal bisnes ni dari A to Z..tapi yang lain?the changing pun tak tahu..haaihh..tapi mungkin aku jugak yang salah..aku tak yakin dengan kerja orang lain tanpa pantauan aku..aku nak perfect work..aku minta maaf..minta maaf sebab aku tak cukup tidur malam, tak sempat nak have fun, tak sempat nak buat assignment lain, tak sempat nak study untuk test sebab kena settlekan bende ni..



Bila orang tanya aku buat apa..jawapan aku ent, ent, ent..diorang cakap "ent lg..bnyk lg ke yg tak siap"..bahagian aku mungkin dah siap, tapi bahagian orang lain yang aku kena settlekan tu masih in progress..memang stress..aku dengan mas je yang buat research semua..memang terbeban sangat..

Tapi tak apalah..demi kawan..demi perfect report..its fine..and alhamdulillah, semuanya berjalan lancar..report yang teratur..tersusun..kemas..haha..macam puji diri sendiri pulak bunyinya tapi peduli apa aku..aku dah penat buat..dan hasil berbaloi, siapa tak bangga..seriusly aku suka sangat tengok report tu..ya, kalau ni kerja individu sekalipun, aku boleh buat sorang..tak ada masalah..kurang pressure..

facebook page

webpage

Nak tunjuk brochure, flyers ngan business card yang direka cantik tapi pendrive dah hilang pulok..sobs sobs

Kluang..here we go!!
Peehh..siap pergi kluang tau nak tengok tempat yang strategik..competitors semua..thanks to wiah sebab sudi bawak kitorang..woot woot..

Masalah masalah yang menyebabkan malaslah
Hmm..ada aje masalah..lecturer, sleeping partner..printing..haaii banyaknya masalah..bila aku mula rasa malas dan rasa macam give up, lantaklah apa nak jadi..nak enjoy je..biarkan orang lain yang buat..aku rasa macam tak kena pulak..serba salah..so sabar jelah..sesungguhnya masalah itu mematangkan kita..hehe..

"bila tanya kau senang je kau settlekan.."

"kau lah heroku"

ayat tu nampak macam biasa je tapi sesungguhnya sangat menyentuh hati..sangat-sangat terharu sebenarnya..aku pun tak tahu kenapa..huuu

FINAL PRESENTATION
Tibalah hari yang mendebarkan..alhamdulillah, kitorang dapat panel Pn Fatimah dengan Tuan Syed..so, kitorang tak rasa tertekan plus nervous sangatlah..diorangkan chill je..kitorang group yang ketiga present..time present tu memang banyak gelak je..tapi bila part menjawab soalan, memang aku jelah yang banyak jawab..mas pun ada membantu walaupun agak gagap..hehe..so nampaklah siapa yang buat kerja sebenarnya..agak tak sedap sebenarnya bila kitorang je yang menjawab..hmm..tapi nak buat macam mana kan..

Bila carrymark keluar, alhamdulillah, tinggi jugaklah..presentation tu pun dapat markah yang tinggi..hehe..suka sangat-sangat..then, final exam pun dapat A..alhamdulillah..segala penat lelah terbalas jugak berkat kesabaran dan kegigihan..

Inilah kisah suka duka aku bersama ENT 300..

Uniform Houz's Partners 











xoxo,
samofa

Aku dan UiTM JB (Epilog)

Sambungan dari Aku dan UiTM JB (Part 6)

Yang terpahit jua termanis
Semuanya bagiku terindah
Ku ingati buat selama-lamanya

Di sini jua memori tercipta
Walau seketika terjalin kasih kita
Mungkin di sini kita kan terpisah
Kenangan bersama
Tiada ku lupa...

*Sila baca dengan mood sedih berbackgroundkan lagu di atas

Tiga tahun bersama
Terasa cepat masa berlalu
Kita ketawa bersama
Kita menangis bersama
Semuanya kita lakukan bersama
Tapi...
Adakah ada lagi hari untuk kita bersama kembali?

Alolorh..sedih pulok kan..for those yang baca entri Aku dan UiTM JB dari prolog lagi, terima kasih diucapkan..korang mesti terasa segala suka dan duka..lebih-lebih lagi yang ada kaitan kan..tapi ni lah kehidupan..kita tak boleh stick dengan satu benda je..kena lah jugak terpisah kan..

Alhamdulillah..mostly ramai yang grad on time..ada yang grad dengan jayanya..ada yang biasa-biasa..ada yang suam-suam suku..ada yang masa last sem first time dapat anugerah dekan..dan lain-lain..semua itu rezeki kan..bersyukur pada yang Esa..

Dan Alhamdulillah..cita-cita aku yang termuncul since part 2 tercapai jua..kenapa bukan dari part 1?sebab part 1 tak berapa nak kisah sangat..hehe.."ANUGERAH NAIB CANSELOR" akhirnya jadi milik aku..boleh baca "Aku dan ANC" untuk tahu kisah aku dengan study-mudy ni..heee

Tapi tak semua rasa apa yang kita rasa..ada jugak yang tak dapat grad on time..masih ada lagi paper yang perlu carry..tapi diorang semua ni bukan tak pandai tau..sebab ada yang jenis rajin study tapi..mungkin bukan rezeki..takziah untuk diorang..jangan lupa doakan untuk diorang ok??

Dear Uitm JB,
Mungkin awalnya aku tak suka kau
Sebab kau ni kecik
Tak macam apa yang aku harapkan
Tapi kini
Aku nak ucapkan terima kasih kat kau
Sebab kau dah buktikan
Kecomelan kau itu ada baiknya
Aku tak perlu nak rushing nak pergi kelas
Sebab kalau aku bangun lambat pun aku still sempat
Kerana kecomelan kau
Kitorang semua rapat sangat
Sebab tak ramai mana pun penghuni
Nak jumpa lecturer pun senang
Semuanya dalam satu bangunan
Kau pun dalam kawasan bandar
Senang aku nak pergi mana-mana
Kau pun dah temukan aku dengan kawan-kawan terhebat
Terima kasih UiTM JB
Aku sayang kau!!

Bertemu dan berpisah adat manusia biasa
Hilang di mata tapi di hati tak lupa
Berdoalah kita agar aman dan sentosa
Semoga kelak kita bertemu suatu masa

Adios UiTM JB

xoxo,
samofa




Aku dan UiTM JB (Part 6)

Sambungan dari Aku dan UiTM JB (Part 5)

Weehoo!!pejam celik pejam celik dah masuk semester 6..terasa cepat masa berlalu kan..
Dah last semester akhir pun..and pastinya lebih banyak moment yang terukir..

Biasanya last-last sem ni..
semakin rajin pergi kelas..
rajin nak study..
rajin nak melepak, hangout sesame..
nak spend masa sebanyak yang mungkin dengan kawan-kawan, lecturer..
yelahh..lepasni mungkin dah tak berpeluang lagi..
So, semester akhir ni betul-betul dihargai..

Subject Part 6 :
FAR 360 by Miss Raziah
MAF 330 by Miss Fairuz
AUD by Pn Fatimah
TAX by Pn Hafizah
ENT by NFU

Miss Raziah..first time belajar dengan dia..mula-mula masuk tu memang seram lah..swear!!
Dia seems garang giler..tak ajar sangat pun..lagipun far360 ni macam revised je..
But lame2 miss ni lawak jugak orangnya..and tak kedekut kasi carrymark..

Miss Fairuz pun seems menghargai sem-sem akhir besama kitorang *ok,perasan je
And dia lebih rajin buat nota untuk kitorang..
Compared masa part 2 dulu dia main skroll2 je mouse tu..huhu
Mesti dia nak kitorang grad on time kan :)

Audit ngan tax pun biasa-biasa je..hee..tak banyak komen lah..

ENT..entri special di sini--> ENT 300

OK..done with subject..so sepanjang semester akhir ni..meh tengok ape yang berlaku..

CLASS POTRAITS




CLASSTRIP NEGERI SEMBILAN & MELAKA

From uitm jb to terminal seremban (stop solat jumaat)

Off to Kilang Yakult




Next Destination : Check in kolej UiTM Pilah and Dinner




Next morning : Ziarah kubur dan singgah di kampung arwah dekjah








Next destination : Ostrich Farm







Melencong ke Melaka pula..hee







RAPID ACE
Bertempat di hutan bandar..kitorang jadi fasi..agak kekok..haha..



tutup mata.tuang air.atas kepala kawan

 salji tepung di hutan bandar

 iklan colgate.snap!

denda make up by unexperienced makeup artist

tayang ajelah muka tu


hodoh betul hasilnya






DINNER ACE
After berpenat-penat di hutan bandar, malamnya ada dinner pulak di M Suite Hotel..tema biru..

R.I.A.S.M

S.I.R.M.A

 S.I.E.R.M.A

 R.R.S

 A.A.J.F

 mixed personality couple

A.S.M

J3AC1106B with accounting lecturer..*semua tak reti duduk diam

PRE-GRADUATION NIGHT

Glitz and glamour..ni lah tema untuk pgn..first time disatukan semua budak-budak sama batch intake jun 2010 after together in mds..lama gilee tu nak kumpul all together..first time in mds and last time in pgn..wooaa..

Mirsa sayang..cantek pulak susunan..haha..

with Aida eh eh..kak aida la..haha *nak kene maki ngan aida agaknye

merah-merah delima..haha

neneko rosales *terpakse menunduk sedikit

red girls with red rose

malu-malu with Nabil

macho-macho with Farid

weeee

not forget..best classmate!!

candid classmate pixca!!nice sangat!!

MELANTAK DI SEOUL GARDEN
Makan-makan with classmate..sponsored by our beloved Miss..thanks Miss!!

puan penaja..hubby keje pulok..hee

budak kenit..heee..peace!!





*abaikan tudung yang sewel tu..

dah kenyang memang ceria lerr muke masing-masing


LAST HANGOUT
Ni kira last hangout with classmate as diploma student..entah bila boleh be like this again..pape pun..pegi kelas far dulu..ahaks

oww shitt!!beg ijat interframe pulok

ok nice!with miss Raziah

abam-abam macho

gadis-gadis shantek

menggedik di bowling centre danga city mall

memang tempat ni macam dalam kelas je..*sigh

siapa ni?Mirsa la..aiyo..dah last-last sem ni..

taju yang errr..*thinking

kawan-kawan saiya!!

posing itu perlu

kaki-kaki yang err *undescribe

makan di tepian tebrau




posing macam tourist yang first time datang jb pulok

Ohhoo..itu saje la kot..ok aku ngaku lebih banyak gambar and kurang patah perkataan..haha..aku punya suka lah kalau dah malas..but ni bukan last entri tau..huh?ada part 7 ke..repeat??

Continued at Aku dan UiTM JB (Epilog)