Pages

klik klik klik

Wednesday, February 13, 2013

Proud to be Bunkers

Salam semua,

Akunak kongsi tentang artis yang aku minat giler-giler punya minat. (Ingat korang je ke yang boleh giler,aku pun boleh la)..ok let me hear, siapa minat....

BUNKFACE!?




Haa..kan dah terkantoi aku peminat setia band bunkface ni or lebih gah dan exclusive lagi...
" I PROUD TO BE BUNKERS"
(Bunkers ni stand for Bunkface punya fan)

SINCE WHEN?
Dah lama gak aku follow band ni..Since dorang ni masuk ke dunia artis kot (dan dan je)..



WHY?
Aku suka dorang ni sebab dorang ni BEST GILERR!! Haha..actually aku tertarik dengan genre music yang dorang bawa which is punk rock dan pop..tak ramai kot band lain yang bawak punk rock ni (aku pun tak tau ada ke takde)..lagi satu yang aku suka pasal dorang ni adalah kerana lagu-lagu yang dihasilkan..semua lagu bunkface aku suka dan lagu-lagu bunkface kalau korang perasan membawa maksud tersirat..dan (ada lagi pulak) dorang ni adalah artis pertama di DUNIA yang menghasilkan album menggunakan teknik Augmented Reality..apa tuh?baca sini..malas nak baca? tengok bawah video ni..





SOME OF THE SONG
1)Agenda jahiliah - aku tak sure sangat tapi rasanya macam ada kena mengene dengan miskin dan kaya
2)Better off this way -tentang perjalanan hidup seseorang yang akhirnya yakin pada diri sendiri (kot la)
3)Bunk anthem - lagu theme dorang la.slalu dinyanyikan masa buat show
4)Bunk not dead - tengok tajuk je dah tau..hidup bunkface!!Bunkface never die!
5)Dunia - suka gila aku lagu ni..pasal dunia yang semakin tak dijaga..jom sama-sama jaga dunia kita ye!
6)Escape dance - aku tak tau pe maknenye tapi lagu ni fun!
7)Extravaganza - korang pun dah selalu dengar..tapi tahu ke maksudnye?haha
8)Fine - best lagu ni!
9)High School Rocker
10)Hollywood just end
11)In another life - sedih lagu ni walaupun aku tak faham maksudnya (nampak tak lagu tu sampai ke hati)
12)Jatuh - pernah jadi lagu dalam drama mimpi cinderella..siapa tengok??
13)Kita perang kita menang - lagu yang membangkitkan semangat,ada kena mengena dengan rakyat palestin
14)More - kalau dekat show dorang, terbaik la kalau bawak lagu ni..maksudnya nak lagi!!
15)Panik - lagu yang membawa kontroversi sebab berunsur politik (tapi betul kot apa yang dorang cakap)
16)Situasi - lagu yang mem'famous'kan bunkface
17)Revolusi -lagu ni pun
18)You and me - lagu ni lagu sam untuk Juliana Evans (dah lama break up pun)..you deserve better Sam (menuding jari ke arah diri sendiri)

Alamak terbanyak pula lagu..tapi ada lagi banyak..nak tau??beli la album bunkface..yang terbaru ni 'Bunk Not Dead'..haa..dah beli belum??dah??bagus..belum??cepat beli sana..(promote la pulak tapi takpe, bunkface punya pasal)


ABOUT BUNKFACE
Alah..malas nak cerita lah..semua dah tahu punya kan..dianggotai oleh Sam (vokalis), Youk (bass) dan Paan (Guitar)..dulu ada Biak (Drummer) tapi dah tak joint sebab ada hal lain..tinggallah 3 orang je..tapi tiga-tiga power!!ok fine, Sam memang handsome..aku pernah salam dengan dia..kau ade?Youk lak memang sporting habis la..beriman pulak tu..dia pernah 'goreng' sebelah aku..aku nyanyi dia goreng gitar..kau ade? Paan lak..hmmmmm...bolehla kiut-kiut sikit..tapi dia nampak serius la..dear Paan, please be BUNK ok?hee..








PERKEMBANGAN
Diorang agak-agak baru keluarkan album 'Bunk Not Dead'..bolehlah dapatkan di pasaran..pastikan ori ok..sekarang ni, diorang tengah dalam proses dalam penghasilan album yang seterusnya..wah,tak sabar nak dengar lagu baru bunkface!


PENGALAMAN
Aeon Jusco Tebrau, Johor pernah menganjurkan karnival Aeon..Diorang ada panggil artis-artis untuk meraikan..buat show la..masa aku pergi tengok tu, ada one nation emcee, ayu oiam, band oh chentaku, and lastly bunkface..saje je letak bunkface last sekali sebab tak nak kasi orang balik dulu..masa bunkface perform aku berdiri depan stage tu..gila dekat..dapat aku tengok band pujaan aku puas-puas..lepas tu, Sam ni ada panggil seorang lelaki dengan seorang perempuan naik stage dengan diorang..then, ada si budak kecik ni berlari-lari pergi naik stage (lelaki ye)..then,si pak guard yang jaga kat depan tu nak tarik-tarik aku lak pergi naik atas(maybe nampak sangat kot muka aku nak)..haha..aku pun naik la..ada ke patut si Sam tu boleh cakap bila masa dia suruh aku naik..tapi takpe, nasib baik kau comel Sam..then,dia suruh aku ambik tempat Youk..yes!!jadi back up singer tu..fun gila rasa dapat satu stage dengan bunkface..dan dapat nyanyi sebelah Youk lagi..dear Youk,rupanya kau comel la..haha..oh ye,time tu nyanyi lagu revolusi..lepas dah habis tu, aku salam la dengan Sam..Youk dengan Paan tengah menggoreng..Sam tanya nama aku sambil buat muka comel dia..rasa nak lempang je..haha..then, they thanks and clap for me and the budak kecik tuh..

*over excited bak hang

MY WISH
Hope dapat jumpa bunkface lagi..buatlah show kat jb banyak-banyak..lagi satu, weyh tempat-tempat karaoke..banyak-banyakkan lah lagu bunkface..ini tak..asyiklah dengan lagu Situasi..yang advance sikit ada lah lagu Revolusi dengan Through My Window..huh,

Nak sangat jumpa bunkface sebab nak tanya diorang maksud-maksud tersembunyi disebalik setiap lagu diorang =="




NAK SKODENG BUNKFACE?

Website - http://bunkface.com.my/v1/
Store - http://bfrockstation.com.my/v1/
Facebook - https://www.facebook.com/bunkfaceband
Twitter - https://twitter.com/bunkfaceband
Keekhttp://www.keek.com/Bunkface
Myspacehttp://www.myspace.com/bunkface

Much Love,
Samofa Bunkers

3 comments:

  1. steady , nnti kalau ada show bunkface , maih la sama2

    ReplyDelete
    Replies
    1. If ada show, pliss roger me. Hahaha

      Delete