Dua jari kanan dan kiri
Rapat berdiri menyentuh kepala
Melakukan urutan melepaskan tegangan
Namun untuk seketika cuma
Terhenti pabila teringat si dia
Segera kembali ke posisi tadi
Menyimpan satu semangat satu tekad
Mata dipejam hipnosis diri
Nyahkan dia dari fikiran
Aku tahu aku mampu
Telapak kanan menyentuh hati
Diampu telapak kiri yang menguatkan semangat
Biarpun hanya menyentuh luaran
Dengarlah wahai hati
Jangan simpan dia bersamamu lagi
Impian yang hanya angan-angan kosong
Harapan yang memerlukan penantian
Seksanya tanpa jawapan
Bilakah semua ini akan berakhir
Tapi seksa lagi bertanya hati
Adakah penantianku bukan sia-sia?
Adakah harapan ku bersahut bahagia?
Adakah impianku kan menjadi kenyataan?
Tak sanggup aku memasang impian ini lagi
Kerna ku tahu kau tak mungkin
Tak mungkin memiliki impian seperti ku
Sudahlah..
Wahai hati janganlah kau berdegil
Aku tak mahu kau terluka nanti
Kerana aku pasti ini adalah
Impian yang menyakitkan..
jangan pasang impian yang menyakitkan
xoxo,
samofa
No comments:
Post a Comment