Pages

klik klik klik

Saturday, November 16, 2013

Officially graduate!

Salam uolls..

Hari khamis lepas, ade ambik jubah pastu ada raptai..time tu, aku seriusly tak ada perasaan nak berkonvo..rasa macam malass je..hari khamis tu pulak aku ada presentation bel yang macam unprepared giler..pastu rushing2 pergi kelas..maklumlah konvo pun dekat shah alam..so, tak ada maknanya lah nak cuti-cuti malaysia..alangkah bestnye kalau kat uitm jb yang kiut tu boleh buat konvo..untuk kita-kita aje..kompem gempak..

Ok..back to story..aku tengok orang lain semua eksaited nak berkonvo tapi kenapa aku rasa kosong je..hari khamis tu pulak, kawan-kawan kesayangan aku tak jumpa aku pun..ambik jubah terus balik..tapi tak apalah..mungkin diorang nak cepat, ada benda yang lebih penting..its ok, i'm fine..and thanks for wish gudluck for presentation bel tu..

Forget about the thursday..jump to saturday..today!!its my convocation day..lepas subuh, femely aku gerak dari jb..(ibu cakap aiman tak mandi..huhu)..dalam kol 11 tu sampai melati..then, pegi makan kat port biasa seksyen 7..lepastu pergi la parking bertingkat pkns tu..naik bas pergi datc..(parent pun berebut-rebut naik bas tapi tak se'ragbi' dan tak se'sadin' anak-anak mereka time balik kelas..huhu)

But still aku kene berdiri. Sensorang. Ni lah dikatakan malang tak berbau. 

Then, mendaki tangga ke datc..kesian apak yang ada sakit jantung tu terpaksa naik tangga banyak-banyak..tapi tak adalah banyak mana pun sebenarnya..banyak lagi tangga nak pergi menara saas..siap ada extra bukit lagi..

tak kuasa nak crop

Snap-snap gambar pastu susun-susun baris before masuk dewan..time ni lah aku dapat selempang pink pujaan hatiku tu..thanks to sis yang sarungkan selempang tu..aku suka cara dia buat kerja..coool and, sweet!

Pastu berarak masuk ke dewan..melangkah je masuk dewan tu, dapat satu feel yang superb..ini adalah perasaan yang aku tak boleh lupa berkaitan dengan konvo..sangat amazing..dengan iringan lagu dia, macam nak nangis siak!!sumpah!sangat sangat *******...undescribe..tak tahu nak cakap macam mana..kalau nak rasa, pergilah konvo..hehe..

Duduk..aku duduk paling depan dan paling hujung..(berkawan rapat dengan pintu)..ohhooo..nak tunggu nama aku memang agak lama..maklumlah nama huruf 'S'..nasib baiklah 'S' yang pertama..tunggu punya tunggu akhirnya giliran aku sampai..perkara yang paling merisaukan adalah terjatuh/terpeleot/tertanggal kasut dan tertanggal topi di atas pentas..tapi alhamdulillah..semuanya berjalan lancar..weeehuuu...saya dah graduate!!

Lepastu budak-budak ANC berkumpul di tempat yang sama..baru nak semangat nyanyi lagu uitm, dah kena keluar ambik gambar..lepastu tamat..keluar laju-laju..dalam orang yang beribu-ribu, mecari di mana femely ku..berkat mata yang hebat,haha..jumpa pun..

Snap-snap gambar lagi pastu balik..


malas nak upload gambar banyak-banyak. thanks pami for camera :D


Dengan citah. Sorry sebab lekas pulang. Tak tertunai hasrat nak kasi kau pakai selempang pink ni.

Sangat terharu bila apak rasa berbangga dengan pencapaian aku masa diploma..maklumlah aku buat yang terbaik pun untuk apak (upsr,pmr,spm semuanya mengecewakan dia)..dan bila tercapai, rasa sangat gembira yang tak terkata..alhamdulillah..

"Bagus bagus! Good girl! Belajar betul-betul"katanya sambil menepuk bahuku before gerak balik jb :(

Hmm..untuk degree ni mampu ke aku making proud to my dad again..hmmm

nota kaki : tadi lepas naik pentas masa nak bergerak ke tempat duduk semula..ada orang cakap "tahniah sabariah"..aku toleh tapi mata tak fokus kat sesape pun..who is him?awkwardnya sebut fullname aku..definitely bukan orang yang kenal aku..papepun, wanna say thanks :)

nota kaki lagi : tak sabar nak konvo degree..aminn..insyaallah :D

xoxo,
samofa









No comments:

Post a Comment