Pages

klik klik klik

Friday, October 25, 2013

Hari pertama sekolah

Tadi berborak-borak dengan alliya sambil makan nasi lemak. Entah dari mana mulanya, tiba-tiba masuk cerita masa sekolah. Lalu buat aku teringat cerita aku di darjah satu.

Aku melangkah masuk ke bilik darjah selepas membuka kasut di pintu.

"Eh..kenapa bukak kasut. Pakai balik."

Cikgu tu tegur aku. Aku yang blur-blur pun pakailah balik kasut aku tu. Aku fikir sejenak.

Kenapa kena pakai kasut?

Maklumlah.Masuk rumah kena bukak kasut.Masa tadika pun kena bukak kasut.

Pelajaran pertama : Masuk kelas tak payah bukak kasut.





Selepas semua murid duduk di tempat duduk masing-masing, cikgu ambil kedatangan. Nama yang disebut kena angkat tangan.Sorang-sorang nama disebut.

"Mohd Fauzi?"

Eh tu kan nama apak. Kenapa cikgu panggil nama apak?

Aku konfius tapi aku pun angkat tangan. Cikgu buat muka pelik. Berdekatan dengan aku pun ada budak yang angkat tangan.

"Nama kamu Mohd Fauzi ke?"cikgu tu tanya aku.

Aku geleng."Tu nama ayah saya."

"Nama kamu siapa?"

"Sabariah"

"Angkat tangan bila saya panggil nama kamu. Bukan nama ayah kamu."

Budak yang nama Mohd Fauzi tu pun macam tak puas hati dengan aku sebab aku angkat tangan bila nama dia kena sebut. Macam berebut pulak.

Pelajaran kedua : Time ambil kedatangan, angkat tangan bila nama SENDIRI disebut.



Alahai..comelnya lah aku darjah satu!

xoxo,
samofa



3 comments:

  1. kelakar...tapi kenangan itu pasti akan melekat di minda hingga hujung nyawa...nice entri my dear samofa..

    ReplyDelete
    Replies
    1. kann..memang takkan lupa lah..sampai ke cucu nanti saya dok cerita..haha

      Delete
  2. Alhamdulillah. Semoga apa yg anda lakukan akan mendapat rahmat. Ingat pesanan ni, " Hormat orang lain sekiranya anda ingin diri anda dihormati selayaknya". "Hieraki dalam organisasi perlu diutamakan walaupun seseorang leader itu lebih muda dari anda"

    ReplyDelete