Pages

klik klik klik

Saturday, September 28, 2013

Aku sayang kau



Telah lama
Aku menyimpan rasa
Semakin hari semakin mendalam
Aku cuba memadamkan
Tapi tak berdaya
Kerna kau tetap melekat
Di hatiku
Tanpa berganjak
Sedikit pun

Pelik aku
Ada apa pada kau
Ada apa pada cinta
Kenapa kau selalu terbayang di ingatan
Sungguh
Aku tak minta

Penat aku mencuba melupakan
Akhirnya aku mengalah
Biarlah hati ini dihanyut
Oleh cinta sebelah tangan

Kerna walaupun cinta tak berbalas
Tapi aku bahagia dengan perasaan ini
Ada satu semangat
Yang susah aku nak cakap bagaimana
Semangat yang buat aku
Selalu tersenyum

Meski begini
Aku tak pernah sekali pun
Menyimpan impian
Untuk memiliki
Kerana kalau aku simpan harapan
Aku tak akan bahagia
Aku akan terluka
Kerana aku tahu apa pengakhirannya

Sungguh
Kau lah yang satu


Aku sayang kau

xoxo,
samofa

No comments:

Post a Comment